PEKA 4 UMPSA

PEKA 4 UMPSA PEKA 4 (Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4) menyediakan medium bagi Penghuni Residen Pelajar 4

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-67]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan...
30/08/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-67]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67, kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penghuni Residen Pelajar 4.

Tema hari Kebangsaan tahun ini adalah "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan," yang mencerminkan semangat kebebasan dan jati diri bangsa dalam membina sebuah negara yang lebih bersatu, adil, dan makmur.

Kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu. Dengan semangat "Jiwa Merdeka," kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk terus mempertahankan kemerdekaan ini dengan menanam nilai-nilai perpaduan, keadilan, dan kesaksamaan dalam setiap jiwa.

Selamat Hari Kebangsaan 2024!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1446H]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwaki...
06/07/2024

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1446H]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1446H kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Bulan Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam, 1 Muharam disambut bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Pihak PEKA 4 berharap semoga seluruh umat Islam dapat mengambil iktibar dalam pengorbanan Nabi Muhammad SAW bagi mencapai rahmat dan keredaan Allah SWT.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2023/2024]Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Pihak Pengurusan Resi...
23/06/2024

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2023/2024]

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi semua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terutamanya penghuni Residen Pelajar 4.

Pihak PEKA 4 berharap agar mahasiswa dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar.

‘BERBAKTI DEMI MAHASISWA’


[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan ...
16/06/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada warga Universiti Malaysia Pahang AL-Sultan Abdullah yang meraikannya.

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha merupakan satu perayaan bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang bersedia untuk mengorbankan anaknya yang tersayang, Nabi Ismail, sebagai tanda kesetiaan kepada perintah Allah. Namun, Allah menggantikannya dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya.

Semoga dengan perayaan Hari Raya Aidiladha ini dapat memupuk kesetiaan di dalam diri umat Islam dan memahami nilai pengorbanan. Umat Islam juga mestilah bersyukur dan mengingati orang yang kurang berkemampuan.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA...
15/06/2024

[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji semester 2 2023/2024 kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Semoga di minggu ulang kaji ini, mahasiswa dapat memanfaatkan dengan membuat pecutan akhir bagi peperiksaan akhir semester kelak. Dalam membuat ulang kaji, sentiasa ingat untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal terutamanya semasa cuaca yang tidak menentu.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SUL...
02/06/2024

[HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR]

DAULAT TUANKU,
Kami daripada Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 3 Jun 2024 (Isnin) bersamaan 25 Zulkaedah 1445 Hijrah.

Merafak sembah dan menjunjung kasih.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakila...
01/06/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak bagi semua warga UMPSA yang menyambutnya.

Gawai merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Selain itu, Hari Gawai bertujuan meraikan 'semangat padi' yang telah memberikan rezeki dan mengharapkan rezeki bertambah juga tiada apa-apa yang berlaku dalam kehidupan etnik peribumi Sarawak itu pada musim menanam padi yang akan datang.

Semoga dengan perayaan ini menanamkan rasa syukur dan sayang kepada agama dan nenek moyang dalam diri setiap yang menyambutnya.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENYAMBUT TADAU KA'AMATAN]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan...
31/05/2024

[SELAMAT MENYAMBUT TADAU KA'AMATAN]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) mengucapkan Selamat Menyambut Tadau Ka'amatan kepada warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang menyambutnya.

Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai merupakan salah satu pesta tradisional di Sabah. Pesta Kaamatan merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) yang juga disebut sebagai Tadau Kaamatan merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah bagi menghormati 'Bambazon' iaitu menghormati 'Semangat Padi', oleh itu pesta ini juga dikenali dengan nama Pesta Menuai Padi. Pesta ini merupakan pesta paling popular dikalangan penduduk negeri Sabah.

Semoga sambutan ini menanamkan rasa syukur dan sayang kepada agama dan nenek moyang dalam diri setiap penganut.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[BARISAN AHLI JAWATANKUASA SURAU RESIDEN PELAJAR 4]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Berikut merupakan barisan Ahli Ja...
29/05/2024

[BARISAN AHLI JAWATANKUASA SURAU RESIDEN PELAJAR 4]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan barisan Ahli Jawatankuasa Surau Residen Pelajar 4 sesi 2023/2024 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah terdiri daripada 14 orang ahli.

Mereka adalah orang yang bertanggungjawab memimpin penghuni Residen Pelajar 4 dalam mengimarahkan surau. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dari segi pengoperasian surau, seperti bertugas sebagai imam dan bilal bagi setiap waktu solat. Semoga dengan kepimpinan mereka, surau RP 4 menjadi salah satu tempat yang selesa untuk beribadah.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[HARI BELIA NEGARA]Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucap...
15/05/2024

[HARI BELIA NEGARA]

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia Negara kepada para belia seluruh Malaysia.

Tema Hari Belia Negara 2024, "Yakin Boleh," menekankan keyakinan diri dan optimisme dalam kalangan belia Malaysia. Tema ini bertujuan menginspirasi golongan belia untuk yakin dalam mencapai matlamat mereka dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Sambutan Hari Belia juga menekankan pentingnya integriti, harga diri, dan maruah dalam kalangan belia. Golongan belia diharapkan untuk menjadi lebih responsif terhadap perubahan persekitaran dan berani mengambil risiko serta mencipta peluang baharu.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2024]Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakil...
01/05/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2024]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada kakitangan yang bertugas di Universiti Malaysia Pahang Al-Sutan Abdullah.

Hari Pekerja tahun ini diraikan dengan tema "PEKERJA KESUMA BANGSA" yang menggambarkan penjenamaan semula Kementerian Sumber Malaysia kepada KESUMA. Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif kerajaan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi selain berkompetensi dan berinovasi dalam meneroka bidang-bidang baru.

Kami berharap semoga semua kakitangan di Malaysia cekal dan tabah dalam membangunkan negara yang tercinta untuk generasi yang akan datang. Terima kasih kepada semua, di atas usaha dan pengorbanan mereka.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI]Assalamualaikum dan Salam sejahtera,1. Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Pe...
09/04/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI]

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

1. Pihak Pengurusan Residen Pelajar 4 dan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 4 (PEKA 4) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terutamanya penghuni Residen Pelajar 4.

2. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menahan lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari di Bulan Ramadan. Semoga semua warga UMPSA dapat menyambut bulan kemenangan ini di samping keluarga tercinta.

3. Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai tersilap kata atau tersalah laku yang tidak disengajakan.

'BERBAKTI DEMI MAHASISWA'


Address

Lebuhraya Tun Razak
Gambang
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKA 4 UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share