Hegemoni Anak Muda

Hegemoni Anak Muda Kita mahasiswa , kita ada matlamat,
Kita bersama, kita kuat .
'Keras dan Melawan'.

Inspirasi buat semua pelajar.
08/05/2019

Inspirasi buat semua pelajar.

PUTRAJAYA, 3 Ramadan 1440H, Rabu – Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Ke...

BismillahirrahmanirrahimYa Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kam...
10/07/2018

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami,dosa semua muslimin dan muslimat di negara ini.

Ya Allah,

Kau Kuatkanlah pemimpin kami dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menerajui pimpinan negara. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada Tun Dr. Mahathir agar beliau dapat meneruskan perjuangan membina negara bangsa yang bersatu. Kau panjangkanlah umur beliau Ya Allah. Kau kuatkanlah iman beliau dan berkatilah segala perbuatan dan usaha beliau untuk menerajui pimpinan negara.

Ya Allah,

Sesungguhnya kau Maha pemurah lagi Maha Mengasihan.

Tunjukkanlah pimpinan negara kami perjuangan yang selari dengan perjuangan ke arah mu Ya Allah. Janganlah kau pesongkan hati kami dan kau kurniakanlah rahmat kepada negara Malaysia yang tercinta.

Amin

Selamat ulangtahun ke-93 kepada Tun Dr. Mahathir. Semoga beliau dapat melakukan usaha yang terbaik untuk mencapai negara Malaysia baru.

08/05/2018

Salam 1 Malaysia.

Setelah 11 hari tempoh berkempen, kita dapat melihat setiap calon yang bertanding dari semua parti gigih menyantuni dan beramah mesra dengan penduduk kawasan mereka. Malaysia adalah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kita sebagai rakyat masing-masing punyai pilihan dan pandangan sendiri dalam menentukan masa depan Negara.

Tapi kita kena ingat, keputusan yang kita buat bukan sahaja mempengaruhi kehidupan kita bahkan mempengaruhi golongan-golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang ini.

Yang terakhir, kita kena memahami Islam dan politik itu dari suatu sudut penting. Politik itu sebahagian dari Islam, bukan Islam sebahagian dari politik. Islam itu syumul secara menyeluruh. Buatlah pilihan yang menguntungkan semua rakyat, bukan peribadi.

Sekian,
Hegemoni Anak Muda
9.45 p.m.
8/5/18
MalaysiaBijakMemilih

Apa yang mustahil? Jawapannya tiada. Kesemuanya punya keberangkalian samada baik atau buruk.
17/04/2018

Apa yang mustahil? Jawapannya tiada. Kesemuanya punya keberangkalian samada baik atau buruk.

Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya m

[SOLIDARITI}. Asheeq Ali ialah kita.
22/03/2018

[SOLIDARITI}. Asheeq Ali ialah kita.

[SOLIDARITI: ASHEEQ ALI IALAH KITA]

Sebuah lagi episod ketidakadilan.

Apabila seseorang itu menjadi mahasiswa, segala hak dan kebebasan bersuara keatasnya boleh dicabut dan dinafikan oleh pentadbiran.

Asheeq Ali bukanlah seorang individu.
Asheeq Ali ialah suara mahasiswa yang mahukan penindasan terhadap mahasiswa dihentikan.
Asheeq Ali ialah akronim kepada AUKU.
Asheeq Ali ialah kita.

Solidariti buat Asheeq Ali.
Teruslah berjuang; kami di belakang.



13/03/2018

'Apa yang saya tegaskan adalah keperluan para ulama' dan ilmuwan berada di atas politik kepartian dan tidak hanyut dalam kancah perebutan kuasa politik. Dengan demikian para ulama' dapat berperan sebagai penimbang tara (check and balances) atau pihak ketiga bagi menegur dan menasihati penguasa dan rakyat, tanpa sifat berkepentingan atau sifat ingin menjatuhkan pihak lawan.'

26/02/2018

Kami doakan semoga mahasiswa semester 6 diploma Itqan berjaya dengan jayanya untuk imtihan mereka. Katanya Abdullah 'Bacalah Al-Quran sebanyak kamu menginginkan kebahagiaan'. Moga dengan kejayaan kalian dapat memberi inspirasi kepada generasi-generasi akan datang. Allah tidak melihat natijah tetapi melihat usaha kalian. Tenanglah dalam menjawab soalan. Moga berjaya hendaknya semua.

Hegemoni Anak Muda
2.12 a.m
12 JamadilAkhir 1439 Hijrah
27 Februari 2018

31/12/2017

Sebagai manusia biasa beliau juga tidak sunyi daripada kesalahan, katanya.

03/10/2017

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-21 buat admin Arif Hafeez. Semoga kekal bersemangat di dalam melalui liku kehidupan dan berjaya di dalam bidang yang diminati.

16/09/2017

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang baru melanjutkan pengajian sarjana muda di ipta, ipts mahupun luar negeri. Ingatlah wahai sahabat sekalian, terus memajukan diri walau apa sahaja yang kalian sedang lakukan. Jangan kalian anggap sebuah kegagalan itu adalah satu keaiban, ia hanyalah satu permulaan.

Juga ucapan selamat berjaya kepada anak muda ITQAN yang bakal menduduki imtihan. Terus berjuang mengorak kejayaan.

13/09/2017

NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan bagaimana Malaysia mahu menjadi rakan kerjasama menentang anti keganasan bersama Amerika Syarikat walhal kerajaan Barisan Nasional (BN) telah banyak mencetuskan ketegangan antara kaum…

Address

Gemencheh Bahru
73200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hegemoni Anak Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share