Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan

Call Directions Website

Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan Institusi ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
(504)

Institusi pengajian tinggi al-Quran dan merupakan Lokasi Tambahan Darul Quran.

πŠπ”πŠπ”π‡πŠπ€π 𝐄𝐐, π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π ππ‘π„π’π“π€π’πˆ: π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹πˆπ’πŒπ„ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆπ“ππ€πMELAKA, 26 September 2026 - Bengkel Pemb...
26/09/2026

πŠπ”πŠπ”π‡πŠπ€π 𝐄𝐐, π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π ππ‘π„π’π“π€π’πˆ: π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹πˆπ’πŒπ„ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆπ“ππ€π

MELAKA, 26 September 2026 - Bengkel Pembangunan Profesionalisme Warga Kerja ITQAN telah dilaksanakan selama dua hari dengan penyertaan seramai 22 orang warga kerja. Bengkel ini bertujuan membantu peserta memahami teknik dan strategi yang dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan dalam melaksanakan tugas seharian.

Sepanjang bengkel, peserta turut didedahkan dengan aspek Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence – EQ) yang merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan emosi, komunikasi, empati serta kemahiran mengurus hubungan dengan orang lain di tempat kerja.

Penguasaan EQ bukan sahaja membantu dalam mengurus emosi diri, malah menjadi salah satu elemen penting dalam membina komunikasi yang lebih berkesan, hubungan kerja yang positif serta persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga kerja ITQAN dalam meningkatkan kualiti, profesionalisme dan keberkesanan perkhidmatan masing-masing.








Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia, 16 Spetember 2026.
16/09/2026

Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia, 16 Spetember 2026.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir kepada semua pelajar program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi sesi Mei - Se...
13/09/2026

Selamat menghadapi peperiksaan akhir kepada semua pelajar program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi sesi Mei - September 2026.

Bittaufiq Wannajah kepada semua pelajar!








πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„ππ†πˆππ†π€π“πˆ ππ€ππˆ, 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 πŠπ„π‚πˆππ“π€π€π π€ππ€πƒπˆGEMENCHEH, 11 September 2026 - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan tel...
11/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„ππ†πˆππ†π€π“πˆ ππ€ππˆ, 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 πŠπ„π‚πˆππ“π€π€π π€ππ€πƒπˆ

GEMENCHEH, 11 September 2026 - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan telah mengadakan sambutan mengingati Nabi Muhammad S.A.W yang bertempat di Surau At Taqwa.

Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah oleh kump**an Soutul Alam. Selepas itu, para pensyarah, mahasiswa bersama-sama menunaikan solat hajat berjemaah memohon kemudahan dalam peperiksaan yang bakal tiba. Selepas itu, agenda utama diteruskan dengan mendengar dan menghayati kuliah daripada Maulana Muhammad Abdullah bin Muhammad Amir yang bertajuk "Pedoman Nabi untuk Penuntut Ilmu". Pelbagai ilmu, hikmah dan semangat dalam menuntut ilmu telah disampaikan.

Semoga dengan program ini akan dapat meningkatkan semangat dan usaha di kalangan mahasiswa khususnya dalam menempuh fasa menuntut ilmu. Semoga dengan gabungan Adab, usaha yang bersungguh-sungguh, akan dapat melahirkan pemuda dan pemudi yang dapat memberi manfaat untuk masyarakat.








πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π πŠπ„ πˆπ“ππ€πGEMENCHEH, 11 September 2026 - Institut Tahfiz Al-Quran N...
11/09/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π πŠπ„ πˆπ“ππ€π

GEMENCHEH, 11 September 2026 - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) yang diketuai oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar, Ketua Pegawai Operasi IQDAR bersama delegasi seramai 27 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pensyarah.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada Encik Kamar Shah bin Ismail, Pengetua ITQAN sebagai alu-aluan dan pembuka acara. Kunjung hormat ini diteruskan dengan sesi perkongsian dan bertukar fikiran dalam rangka mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan pemberi pendidikan tinggi.

Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahmi dan memberi manfaat serta dapat membantu dalam memperkasa pengurusan dan perkhidmatan pendidikan tinggi.








Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan terima kasih Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atas pengharga...
02/09/2026

Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan terima kasih Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atas penghargaan yang diberikan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69

Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh Umat Islamβ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati”
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh Umat Islam

β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati”

πŸŽ“ *LEPASAN SPM - RISAU NAK SAMBUNG BELAJAR SEBAB KOS? Baitulmal MAIWP boleh tanggung sampai 100%!*Kolej Profesional MAIW...
19/08/2026

πŸŽ“ *LEPASAN SPM - RISAU NAK SAMBUNG BELAJAR SEBAB KOS? Baitulmal MAIWP boleh tanggung sampai 100%!*

Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP), institusi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan pengalaman lebih 30 tahun membina graduan cemerlang, *kini membuka permohonan secara online, untuk lepasan SPM seluruh negara!*

βœ… Diiktiraf MQA
βœ… Ditaja Baitulmal MAIWP
βœ… Laluan terus ke Universiti
________________
πŸ“š *PROGRAM DITAWARKAN:*

*Diploma & Sijil KPMAIWP*
Pengurusan Haji & Umrah β€’ Industri Halal β€’ Syariah Islamiyah β€’ Pentadbiran Perniagaan β€’ Kaunseling Islam β€’ Teknologi Maklumat β€’ Perakaunan β€’ Keusahawanan Digital β€’ Sijil Aplikasi Muamalat β€’ Sijil Sains Kesihatan

*Program Profesional UK*
ACCA Qualification β€’ FIA-ACCA (Foundation in Accountancy)

*Usahasama UiTM*
Diploma Pengajian Perniagaan β€’ Diploma Perakaunan β€’ Pra Perdagangan
________________
πŸ’° *BANTUAN KEWANGAN (tertakluk kelayakan Had Kifayah MAIWP):*

πŸ‘‰ Elaun Saradiri *RM300 atau RM450* sebulan
πŸ‘‰ Penginapan *asrama ditaja / Elaun RM170 sebulan jika tinggal luar*
πŸ‘‰ Yuran pendaftaran ditanggung penuh
πŸ‘‰ Yuran *pengajian ditanggung 25%–50%* (Program Diploma)
πŸ‘‰ *Insentif 100%* untuk B40 (Program UiTM)
πŸ‘‰ *Biasiswa/ tajaan PENUH 100%* β€” Sijil Aplikasi Muamalat & Sijil Sains Kesihatan
πŸ‘‰ *Biasiswa/ tajaan PENUH 100%* β€” Program ACCA & FIA
________________
Ilmu adalah jalan untuk maju ke hadapan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

πŸ“© Mohon sekarang / Semak kelayakan anda: Hubungi pegawai kami di *www.linktr.ee/kpmaiwp*

πŸ“² Share pada keluarga, rakan-rakan & group WhatsApp anda, mungkin ini peluang yang mereka cari!

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“: πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ π€ππ€πŠ πŠπ„πƒπ€π‡YAN, KEDAH, 14-17 OGOS 2026 - Seramai 53 orang pelajar semester 5 ITQA...
18/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“: πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ π€ππ€πŠ πŠπ„πƒπ€π‡

YAN, KEDAH, 14-17 OGOS 2026 - Seramai 53 orang pelajar semester 5 ITQAN melibatkan diri dalam program Khidmat Masyarakat di Kedah baru-baru ini. Program tersebut merupakan tugasan akademik bagi kursus Khidmat Masyarakat (MPU 2412).

Kump**an satu melaksanakan khidmat di Masjid Nurul Iman, Keda Sungai Udang, Kedah. Pelajar melakukan aktiviti gotong royong kebersihan dan mengacau bubur Asyura serta mengedarkannya pada masyarakat setempat. Ahli Qaryah juga berkesempatan mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Pensyarah ITQAN, Imam Muda Fattah.

Kump**an dua p**a melaksanakan program di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Batu 9, (DAYA). Anak-anak pertubuhan tersebut berpeluang mendengar ceramah motivasi, program Tahsin Al-Fatihah dan aktiviti Explorace pada sebelah petang.

Semoga program Khidmat Masyarakat yang dijalankan pada kali ini memberi kesan yang baik pada pelajar serta institusi yang terlibat.








Address

Institut Tahfiz Al-Quran
Gemencheh
73200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064319598

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share