12/05/2026
ππ₯ JUARA HOKI 9βS UTeM 2026 π₯π
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Hoki Lelaki USM atas kejayaan cemerlang muncul sebagai JOHAN Kejohanan Hoki 9βS Jemputan UTeM 2026 yang berlangsung pada 08 hingga 10 Mei 2026 di Padang Hoki UTeM, Melaka.
Dalam aksi final yang penuh mendebarkan, skuad USM berjaya menewaskan pasukan tuan rumah UTeM dengan keputusan 3-1 sekali gus membawa p**ang gelaran juara kejohanan. πͺπ½π
Lebih membanggakan, pemain USM, Muhammad Hafiz Mohd Sukkeri (P.P. Sains Kemasyarakatan Tahun 3) turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir hasil persembahan cemerlang beliau di pentas final.
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi seluruh pasukan dalam mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia di arena sukan IPT.
Syabas buat semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Teruskan melakar kejayaan demi kejayaan buat USM!