25/08/2026
KITAB PULAU PINANG SEMARAKKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1448H/2026M
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H | Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, warga Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang turut menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1448H/2026M yang berlangsung pada hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, turut bersama YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, dengan penyertaan 43 kontinjen daripada pelbagai agensi dan organisasi.
Majlis pelepasan bagi kesemua kontinjen perarakan bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi menuju ke Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid, TKM1 merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dengan warga KITAB turut bersama-sama menghayati kemeriahan sambutan dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwah.
Bagi KITAB, penyertaan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan sebuah sambutan, tetapi menjadi wadah untuk menyemai Mahabbah kepada Rasulullah SAW, memperkukuh penghayatan sunnah serta membudayakan nilai ilmu, akhlak dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga kampus.
Penyertaan ini juga selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) yang memberi penekanan terhadap penghayatan Islam, pembinaan generasi berakhlak serta pengimarahan aktiviti keagamaan dalam masyarakat. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak terhenti pada sambutan Maulidur Rasul, tetapi terus hidup dalam akhlak, ilmu, amalan dan perjuangan kita setiap hari.
Terima Kasih kepada seluruh warga KITAB yang terlibat dalam menjayakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين