22/04/2026
✨ Pretty in Purple sempena Hari Wanita Sedunia✨
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bersempena Hari Wanita Sedunia, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) bersama Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) akan menganjurkan program Pretty in Purple dan kami ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan aktiviti ini seperti perincian di bawah :
📅 Tarikh : 29 April 2026 (Rabu)
🕘 Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF)
🌸 Antara aktiviti yang menanti anda:
🎨 Aktiviti membatik bertemakan Purple
🍹 Kelas membuat kombucha
💜 Sesi perkongsian: Self-Care Strategies for Ladies
Juadah makanan dan minuman juga disediakan. Ayuh sertai kami dalam program penuh inspirasi yang meraikan wanita melalui pelbagai aktiviti menarik!
📌 Imbas kod QR pada poster seperti yang tertera untuk pendaftaran.
💫 Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini!
Sekian, terima kasih.