21/10/2025
SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH PROF SHAHARUM!✨
Majlis Yang Dipertua Desasiswa (MYDP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam memartabatkan pembangunan sahsiah mahasiswa.
Sumbangan beliau dalam memartabatkan kepimpinan mahasiswa serta memperkukuh kesejahteraan pelajar akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada warga kampus. Selamat menempuh alam persaraan. Jasamu dikenang hingga ke akhirnya.
Ikhlas daripada,
Majlis Yang Dipertua Desasiswa
Universiti Sains Malaysia
Sidang Akademik 2024/2025