Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) Kolej Matrikulasi Perak Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Malaysia. Terima kasih.

Kolej Matrikulasi Perak seluas 67.048 ekar dan terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang. Page ini tidak diken

dalikan oleh pegawai-pegawai bertugas semasa KMPk. Sebarang kesulitan mohon berhubung terus dengan pihak KMPk .

05/06/2023

DIRGAHAYU TUANKU

NGO Alumni KMPk dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta' in Billah.

Semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.


13/02/2023
02/02/2023

Akan datang!

Setelah lama tak bersua akhirnya kita bakal bertemu semula pada Mac 2023.

Educational & Career Fair ini diadakan khas untuk membantu para pelajar Kolej Matrikulasi Perak menentukan bidang kerjaya dan halalatuju kelak. Bagi menjayakan matlamat kami, bekas pelajar KMPk yang sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi akan turut serta.

Ish terujanya, ramai yang akan turut serta! Macam mana nak daftarkan diri? Bila tarikh pelaksanaan? 😍

Info berkenaan program akan diumumkan kemudian ya. Terus klik pautan di ruangan bio untuk dapatkan semua kemaskini daripada kami.

Jumpa Mac nanti πŸ˜‰


01/01/2023

Selamat Tahun Baharu 2023!

Semoga tahun ini kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala hal. Semoga Allah memberkati semua.


14/12/2022
23/10/2022

Kehidupan di institusi pengajian tinggi selalu digambarkan dengan kesibukan kelas dan assignment. Sampai nak masuk apa-apa persatuan pun rasa malas. Persoalannya, penting ke sertai persatuan di universiti ni?

Haa! Alumni Live Sharing kembali lagi dengan tajuk β€˜Sertai Persatuan Di Universiti, Penting Ke?’

Kami bawakan Naib Bendahari Kehormat NGO Alumni KMPk, Farhan Hasbullah sebagai panel. Moderator kali ini bersama Hanies Iskandar selaku Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk. Mereka akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa.

Tarikh: 24 Oktober 2022 (Isnin)
Masa: 9.00 Malam

Live di page & YouTube Rasmi NGO Alumni KMPk.

Jika ada sebarang soalan, boleh hantarkan ke Instagram Story NGO Alumni KMPk. Atau ajukan semasa perkongsian berlangsung.

Jumpa pada malam esok 😊


22/07/2022

Sebesar apa pun ujian yang sedang kita lalui, letak setinggi-tinggi harapan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan hamba-Nya.



09/07/2022

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-Nya kita berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sesungguhnya hari ini adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan dan ketaatan mutlak Nabi Ibrahim kepada Allah SWT. Kisah ini menunjukkan bahawa setiap ujian hidup adalah bagi menguji ketakwaan hamba-Nya terhadap Yang Maha Esa.

Sempena hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Kolej Matrikulasi Perak, para Alumni dan umat Islam.

'Bersama Menabur Bakti'

Dayana Yusri
Naib Presiden 2
NGO Alumni KMPk


Address

Kementerian Pelajaran
Gopeng
31600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share