22/09/2026
๐๐ฌ๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐-๐๐
Pada hari ini telah berlangsung Usrah Pelajar Kali Ke-21 yang diadakan dalam bentuk usrah gabungan yang melibatkan seluruh pelajar SMITI At-Taqwa. Usrah kali ini disampaikan oleh pimpinan pelajar, Saudara Aslam bin Anuar, dengan pengisian yang memberi penekanan terhadap kepentingan memilih sahabat yang baik dalam kehidupan seorang Muslim.
Tajuk yang dibahaskan ialah โSuhbah Solehahโ, iaitu persahabatan dan pergaulan bersama golongan yang baik serta dapat membawa seseorang kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT.
Antara perkara yang ditekankan ialah sabda Rasulullah SAW:
ุงููู
ูุฑูุกู ุนูููู ุฏูููู ุฎููููููููุ ููููููููุธูุฑู ุฃูุญูุฏูููู
ู ู
ููู ููุฎูุงูููู
โ Seseorang itu berada di atas agama sahabat karibnya. Maka hendaklah seseorang daripada kamu melihat siapa yang dijadikannya sebagai sahabat.โ
Hadis ini mengingatkan kita bahawa sahabat mempunyai pengaruh yang besar terhadap agama, akhlak, pemikiran dan kehidupan seseorang. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah bijak memilih sahabat dan lingkungan pergaulan. Sahabat yang baik akan mengingatkan kita ketika lalai, menegur ketika tersilap, mengajak kepada kebaikan serta membantu kita untuk terus istiqamah dalam ketaatan.
Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, sahabat bukan sekadar teman untuk bergembira, tetapi juga insan yang membantu kita menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Justeru, pilihlah sahabat yang apabila kita melihatnya, kita teringat kepada Allah; apabila kita berbicara dengannya, bertambah ilmu dan manfaat; dan apabila kita bersamanya, semakin kuat keinginan untuk melakukan kebaikan.
Semoga Usrah Pelajar Kali Ke-21 ini dapat menyemai kesedaran dalam diri seluruh pelajar tentang pentingnya suhbah yang solehah, serta membentuk generasi yang saling mengajak kepada kebaikan, saling menasihati dan saling membantu dalam menuju keredaan Allah SWT.
ุงููููููู
ูู ุงุฑูุฒูููููุง ุตูุญูุจูุฉู ุงูุตููุงููุญููููุ ููุงุฌูุนูููููุง ู
ููู ุงูุตููุงููุญูููู
โYa Allah, kurniakanlah kepada kami persahabatan bersama orang-orang soleh dan jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang soleh.โ