Kolej Komuniti Bagan Datuk

Call Directions Website

Kolej Komuniti Bagan Datuk Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Menawarkan pengajian peringkat Sijil (secara sepenuh masa) untuk lepasan SPM serta pelbagai kursus jangka pendek meliputi pelbagai cabang kemahiran untuk komuniti setempat. Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Menawarkan pengajian pada peringkat Sijil untuk lepasan SPM dan kursus-kursus kemahiran jangka pendek yang terbuka kepada semua warga Malaysia.

Tahniah KKMAS 💪🏻💪🏻💪🏻
05/09/2026

Tahniah KKMAS 💪🏻💪🏻💪🏻

🥈 TAHNIAH! PINGAT PERAK ACARA BERPASUKAN SUKIPT 2026

Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tiga atlet KKPG, Ammer Aiman bin Mohd Fauzi, Ammar Aiman bin Mohd Fauzi dan Akmal Aiman bin Mohd Fauzi, atas kejayaan meraih Pingat Perak bagi acara Berpasukan Golf Gross Lelaki dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Mereka berganding bersama Amir Irfan bin Mohd Razak dari Kolej Komuniti Kuala Langat, mewakili Kolej Komuniti Malaysia (KKMAS) dalam acara berpasukan tersebut.

Kejayaan ini mencerminkan semangat berpasukan, disiplin, komitmen dan daya saing tinggi yang ditampilkan oleh para atlet sepanjang kejohanan. Lebih membanggakan, tiga daripada empat anggota pasukan merupakan pelajar KKPG yang turut sama menyumbang kepada pencapaian membanggakan kontinjen Kolej Komuniti Malaysia.

Selepas kejayaan Pingat Emas acara Golf Gross Individu Lelaki, pencapaian Pingat Perak acara berpasukan ini sekali lagi mengharumkan nama Kolej Komuniti Pasir Gudang di pentas SUKIPT 2026.

Seluruh warga KKPG merakamkan penghargaan dan rasa bangga atas pencapaian ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar untuk terus berusaha, mencabar potensi diri dan mencipta kecemerlangan dalam apa jua bidang.

**Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan!** 🏌️‍♂️🥈
**Semangat Berpasukan, Membina Kecemerlangan.**

Tahniah KK Pasir Gudang 💪🏻💪🏻💪🏻
05/09/2026

Tahniah KK Pasir Gudang 💪🏻💪🏻💪🏻

🏆 *TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MERAIH PINGAT EMAS SUKIPT 2026*🥇

Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) merakamkan *setinggi-tinggi tahniah dan syabas* kepada *AMMER AIMAN BIN MOHD FAUZI* atas pencapaian cemerlang meraih *Pingat Emas bagi acara Golf Gross Individu Lelaki* dalam *Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026*.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan *semangat juang, disiplin, komitmen serta kesungguhan* yang tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Pencapaian Ammer Aiman turut mengharumkan nama *Kolej Komuniti Pasir Gudang* serta membuktikan bahawa pelajar TVET berupaya menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik dan kemahiran, malah turut mampu mencipta kejayaan dalam arena sukan di peringkat kebangsaan.

Seluruh warga KKPG berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar.

*Syabas dan tahniah, Ammer Aiman!*
🥇 *Kejayaan anda, kebanggaan KKPG.*








Tahniah kerana terpilih sebagai Finalis
05/09/2026

Tahniah kerana terpilih sebagai Finalis

𝐃𝐔𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua calon 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 yang berjaya sebagai finalis bagi 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗼𝗸𝗼𝗵 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗞𝗣𝗧).

𝗧𝗢𝗞𝗢𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔
Aiman Arif bin Risdzuan
Politeknik Merlimau, Melaka

𝗧𝗢𝗞𝗢𝗛 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡
Muzamnad Shukrie Hanafie bin Muzafar
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pencapaian ini mencerminkan kualiti kepimpinan, semangat keusahawanan, daya saing dan impak mahasiswa POLYCC yang terus menyerlah di peringkat kebangsaan.

Lebih membanggakan, kedua-dua calon kini mara ke peringkat temu duga, membawa aspirasi POLYCC untuk terus mencipta kecemerlangan di pentas negara.

Melangkah ke peringkat seterusnya, Aiman Arif dan Muzamnad Shukrie kini membawa harapan serta kebanggaan POLYCC. Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan, menyerlahkan potensi terbaik dan mengharumkan nama POLYCC.

Semoga terus melangkah, terus menginspirasi dan terus mencipta impak.

𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖
𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖!







Untuk rujukan semua
05/09/2026

Untuk rujukan semua

10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 🔥

Terima kasih atas sokongan berterusan dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada bidang pengajian berteraskan TVET yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).






05/09/2026
05/09/2026

Kampung angkat Madani Pergigian di Dewan Masyarakat Sg. Samak

🦷 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN / KAMPUNG ANGKAT! 🦷Orang-orang Hutan Melintang, Sabak Bernam dan  dan kawasan sekitar, jom...
05/09/2026

🦷 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN / KAMPUNG ANGKAT! 🦷

Orang-orang Hutan Melintang, Sabak Bernam dan dan kawasan sekitar, jom luangkan masa Sabtu ini untuk kesihatan gigi anda dan sekeluarga!

Butiran Acara:
📅 Tarikh: 5 September 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Masyarakat Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang

Anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Kolej Komuniti Bagan Datuk.
Masuk adalah PERCUMA! Datang awal supaya tidak terlepas. Jumpa di sana! 🙌

🌟 SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK! 🌟Kolej Komuniti Bagan Datuk dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran ...
04/09/2026

🌟 SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK! 🌟

Kolej Komuniti Bagan Datuk dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Ts. Abdul Razak bin Sabtu, P.S.K., D.S.M., B.K.T., P.J.K., Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi ke Kolej Komuniti Bagan Datuk.

Kehadiran beliau adalah bersempena Lawatan Kerja Rasmi TKP (G) dan Sesi Perkongsian Kecemerlangan Institusi Kolej Komuniti Bagan Datuk yang berlangsung pada:

📅 4 September 2026 (Jumaat)
📍 Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, Kolej Komuniti Bagan Datuk

Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya kecemerlangan, perkongsian amalan terbaik serta memperkasakan agenda transformasi institusi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan pemerkasaan pendidikan TVET.

Semoga lawatan dan perkongsian ini terus menyuntik inspirasi, memperkukuh sinergi serta melonjakkan kecemerlangan Kolej Komuniti Bagan Datuk ke tahap yang lebih tinggi. 💙❤️

Terima kasih dan selamat datang, Ts. Abdul Razak bin Sabtu! 🇲🇾








🏕️ EMPAT PELAJAR, SATU KOMITMEN, SERIBU INSPIRASI! 🌟Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat (4) orang pelajar Kolej Ko...
03/09/2026

🏕️ EMPAT PELAJAR, SATU KOMITMEN, SERIBU INSPIRASI! 🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat (4) orang pelajar Kolej Komuniti Bagan Datuk yang telah diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai Fasilitator Program Perkhemahan Kompas Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 2026! 👏🎉

📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Pulau
🏫 Penyertaan: Tujuh (7) buah sekolah sekitar Bagan Datuk

Penglibatan pelajar sebagai fasilitator bukan sahaja mencerminkan kepimpinan, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi, malah menjadi platform untuk mereka berkongsi ilmu, pengalaman serta membimbing para peserta sepanjang program. 💪✨

Kolej Komuniti Bagan Datuk sentiasa komited dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran, berketerampilan dan mampu menyumbang kepada komuniti. ❤️

🌟 Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat! Teruskan melangkah, teruskan menginspirasi!












⏳ 7 HARI LAGI! ✈️Karnival Kerjaya Kolej Komuniti Negeri Perak 2026 semakin hampir! Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum ...
03/09/2026

⏳ 7 HARI LAGI! ✈️

Karnival Kerjaya Kolej Komuniti Negeri Perak 2026 semakin hampir! Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita berlepas menuju peluang kerjaya dan masa depan yang lebih cerah. 💼🎓

📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka peluang kerjaya, berinteraksi bersama pihak industri serta membina rangkaian sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.

🎓 Campus to Career: Future Ready Graduates
✈️ Take Off to Your Career!

7 hari lagi — jumpa anda di sana!

Address

No. 40/51, Lorong Lagenda 2, Medaniaga Lagenda
Hutan Melintang
36400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056413694

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share