Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah; the 35th Polytechnic in Malaysia mainly on Maritime Engineering Technology.

PROJEK P.E.D.A.S. (Pendigitalan Ekosistem Dagang Asnaf Setempat)Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) melalui Uni...
17/07/2026

PROJEK P.E.D.A.S. (Pendigitalan Ekosistem Dagang Asnaf Setempat)

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) melalui Unit Keusahawanan telah berjaya melaksanakan Projek P.E.D.A.S. yang melibatkan dua fasa utama, iaitu Fasa 1: Core (Branding & Identity) dan Fasa 2: Digital (Market Expansion) bersama komuniti KRT Taman Bagan Pasir sebagai peserta Program Keusahawanan Sosial.

Pelaksanaan projek ini memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek penjenamaan produk menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI), strategi pemasaran digital, pengurusan platform Shopee dan TikTok Shop, serta penghasilan kandungan kreatif bagi memperluaskan capaian pasaran produk tempatan.

Selain memperkasa komuniti setempat, projek ini turut memberi peluang kepada pelajar PMSN untuk berperanan sebagai **mentor digital** dalam membimbing peserta mengadaptasi teknologi digital, meningkatkan daya saing produk dan membina ekosistem keusahawanan yang lebih inovatif serta mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah, fasilitator, pelajar PMSN serta komuniti KRT Taman Bagan Pasir atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Projek P.E.D.A.S.

Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada pendigitalan keusahawanan komuniti serta memperkukuh hubungan strategik antara PMSN dan masyarakat setempat.


#





SELAMAT KEMBALI KE KAMPUSPELAJAR SENIOR SESI I 2026/2027Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) mengucapkan Selamat...
29/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS
PELAJAR SENIOR SESI I 2026/2027

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus kepada seluruh pelajar senior bagi memulakan sesi pengajian Sesi I 2026/2027.

Semoga kehadiran semula ke kampus menjadi pemangkin kepada semangat baharu dalam meneruskan kecemerlangan akademik, memperkukuh sahsiah, serta meningkatkan kompetensi dan kemahiran selaras dengan keperluan industri maritim dan TVET negara.

Jadikan setiap peluang pembelajaran sebagai landasan untuk membina ilmu, mengasah kepimpinan dan mempersiapkan diri sebagai graduan yang berdaya saing, berintegriti serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Selamat menjalani sesi pembelajaran. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.






INTERNATIONAL WOMEN IN ENGINEERING DAY 2026International Women in Engineering Day (INWED), observed annually on 23 June,...
23/06/2026

INTERNATIONAL WOMEN IN ENGINEERING DAY 2026

International Women in Engineering Day (INWED), observed annually on 23 June, recognises the significant contributions and achievements of women in the engineering profession across the globe.

The observance serves to highlight the vital role of women in advancing the fields of Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), while encouraging greater participation of women in engineering and related disciplines.

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) extends its sincere appreciation to all women engineers and professionals whose expertise, dedication and commitment continue to contribute towards technological advancement, innovation and national development.

Special acknowledgement is accorded to Ts. Dr. Izwah binti Ismail, Director of Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah, in recognition of her exemplary leadership and unwavering commitment to the advancement of Technical and Vocational Education and Training (TVET). Her dedication continues to inspire excellence and foster the development of future generations of engineering professionals.

On this occasion, PMSN proudly joins the global community in celebrating the accomplishments of women in engineering and reaffirming its commitment to supporting diversity, inclusion and excellence within the profession.

Happy International Women in Engineering Day 2026.






PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2026/2027Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) menerima kehadiran pelajar bahar...
23/06/2026

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2026/2027

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) menerima kehadiran pelajar baharu Program Diploma Sesi I 2026/2027 yang mula melapor diri dan mendaftar bagi memulakan perjalanan mereka sebagai warga PMSN.

Kehadiran pelajar bersama ibu bapa dan penjaga mewarnai suasana kampus dengan penuh semangat, keterujaan dan harapan sempena langkah pertama mereka dalam menempuh alam pengajian di institusi pendidikan tinggi.

Pengarah dan seluruh warga Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu.

Semoga pengalaman menuntut ilmu di PMSN menjadi titik permulaan kepada kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah yang unggul serta kejayaan dalam bidang maritim dan kerjaya pada masa hadapan.






SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI I: 2026/2027 Pengarah dan warga Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) merakamk...
21/06/2026

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI I: 2026/2027

Pengarah dan warga Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) merakamkan ucapan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Sesi I: 2026/2027 yang akan memulakan perjalanan pengajian di PMSN.

Tahniah, dan terima kasih kerana memilih PMSN sebagai institusi pilihan untuk menimba ilmu, mengembangkan potensi diri serta membina masa depan yang cemerlang.

Semoga langkah pertama hari ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh dengan pengalaman bermakna, pembelajaran berkualiti, pembentukan sahsiah yang unggul serta pencapaian yang membanggakan.






21/06/2026

Teguh menjadi pelindung, ikhlas memberi kasih sayang dan sentiasa menjadi sumber kekuatan keluarga.

Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar ayah. Semoga terus dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan.

“Sehebat KASIH Bapa”

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC





SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Bersempena sambutan Awal Muharram 1448H, seluruh warga ...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Bersempena sambutan Awal Muharram 1448H, seluruh warga Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) ingin merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Maal Hijrah merupakan peristiwa agung yang mengingatkan kita akan pengorbanan, kecekalan dan semangat perubahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam membawa umat ke arah kehidupan yang lebih baik. Peristiwa ini bukan sahaja menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, malah menjadi inspirasi untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuhkan nilai integriti serta meningkatkan komitmen dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui tekad untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan, memperkukuhkan perpaduan serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara berlandaskan nilai-nilai murni.

Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan kepada kita semua serta menjadi titik permulaan ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”






17/06/2026
🏆 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐉𝐏𝐏 𝐏𝐌𝐒𝐍! 🏆​Berita gembira buat seluruh warga PMSN! Dengan rasa penuh bangga, kami ingin men...
17/06/2026

🏆 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐉𝐏𝐏 𝐏𝐌𝐒𝐍! 🏆

​Berita gembira buat seluruh warga PMSN! Dengan rasa penuh bangga, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (YDP JPP) PMSN, NIK MUHAMMAD DANIEL SHAH BIN NIK ABDUL HALIM atas kejayaan cemerlang melayakkan diri ke senarai TOP 20 Ikon Siarawan PolyCC 2026! 🎉🎙️

​Satu pencapaian yang sangat luar biasa apabila bakat dan kebolehan beliau berjaya menambat hati juri, sekaligus terpilih daripada 75 orang peserta hebat yang mewakili 43 institusi PolyCC di seluruh negara dalam Tugasan Saringan (Jejak Warisan).

​Buat YDP JPP kebanggaan kami, selamat maju jaya diucapkan untuk cabaran di peringkat seterusnya yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 19 hingga 22 Julai 2026 ini!

​Terus kekalkan momentum, pamerkan kemahiran komunikasi serta kreativiti yang tajam, dan serlahkan potensi sebenar anda sebagai bakat penyiaran masa hadapan. Seluruh warga PMSN sentiasa berada di belakang anda untuk menyokong dan mendoakan kejayaan anda di pentas kebangsaan.

​Buat sehabis baik dan harumkan nama PMSN! 💪✨

​🎙️ "Suara Anda, Inspirasi Kita"
🌟 "Menyerlahkan Bakat, Menyampaikan Inspirasi"

KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SESI II 2025/2026Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa Keputusa...
07/06/2026

KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SESI II 2025/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi II 2025/2026 boleh disemak mulai Isnin, 08 Jun 2026.

Para pelajar boleh membuat semakan keputusan rasmi melalui Portal SPMP PMSN menerusi pautan berikut:
http://spmp.pbd.edu.my/

Maklumat Log Masuk Portal SPMP PMSN:
No. Kad Pengenalan: Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Kata Laluan: Kata Laluan Pelajar / Nombor Matriks
Pelajar (sekiranya kata laluan belum ditetapkan)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah atas pencapaian yang diperoleh. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada semester yang akan datang.

/2026




Address

Jalan Bagan Datuk
Bagan Datoh
36100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6056413416

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share