SKIL

SKIL ILMU PENYULUH HIDUP Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham KK Md. Yassin bin Hj. Ghani bersama beberapa orang penduduk kampung inanam laut.

Permohonan pembinaan sekolah ini telah dikemukakan sejak tahun 1960-an lagi tetapi disebabkan oleh kerana belum ada tapak yang sesuai maka pembinaan telah ditangguhkan. Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 1979 dan telah dapat disiapkan pada akhir tahun 1981. Sekolah ini telah didirikan di tapak seluas 3.32 ekar dan terletak di pertengahan Kampung Inanam Laut dalam daerah K

ota Kinabalu. Jarak sekolah ini dari Kota Kinabalu ialah lebih kurang 10 km dan 0.5 km dari pekan Inanam. Terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah bilik darjah, satu bilik pusat sumber, satu buah bilik gerakan, satu buah bilik guru besar, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru dan beberapa bilik yang terpaksa diubah suai untuk mengatasi kekurangan. sekolah ini mempunyai sebuah flat guru iaitu sebuah bangunan empat tingkat dan dua buah rumah kayu. Sekolah ini mula dibuka untuk beroperasi pada awal tahun 1982 dengan jumalah murid seramai 133 orang sahaja. Sebelum ini kanak-kanak di sekitar Inanam laut bersekolah di SRK St. Cathrine Inanam, SK Likas, SK Darau, Menggatal dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Bermula dengan jumlah seramai 133 orang murid dan 4 buah kelas, perkembangan pesat berlaku dari segi pertambahan murid dari setahun ke setahun dan akhirnya pada tahun 1987 sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolah iaitu pagi dan petang. Sehingga tahun 2007, sekolah ini mempunyai 25 buah kelas (sesi pagi dan petang) dengan jumlah murid seramai 950 orang, 52 orang guru dan 5 orang anggota kumpulan sokongan, sebuah pra sekolah telah beropreasi pada tahun 2006 dengan jumlah murid seramai 25 orang.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SekolahAnjuran Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama PIBG SKI...
28/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Anjuran Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama PIBG SKIL dan Balai Polis Inanam

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

SKIL UNIFORM CAMPPeringkat Negeri14-15 Ogos 2026Melabuhkan tirai
15/08/2026

SKIL UNIFORM CAMP
Peringkat Negeri
14-15 Ogos 2026
Melabuhkan tirai

Perkampungan Teater Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah25 Julai 2026Penganjur: PPD KKPengelola: Sekolah Kebangsaan Inana...
25/07/2026

Perkampungan Teater Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
25 Julai 2026
Penganjur: PPD KK
Pengelola: Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Perkongsian khas oleh: En Ebi Kornelis (pelakon/penyanyi/pengarah filem)

Cegah Kebakaran Selamatkan Nyawa
01/07/2026

Cegah Kebakaran Selamatkan Nyawa

Guru besar SK Inanam Laut, En. Abd Arif Sulaiman bersama kontinjen perbarisan sekolah dalam MSSDKK yang berlangsung pada...
28/06/2026

Guru besar SK Inanam Laut, En. Abd Arif Sulaiman bersama kontinjen perbarisan sekolah dalam MSSDKK yang berlangsung pada 27 Jun 2026 di Stadium Likas.

Salam Aidiladha
27/05/2026

Salam Aidiladha

Recap
27/05/2026

Recap

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

16/05/2026
Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepalang ajarIbarat bunga kembang tak jadiSelamat Hari GuruTerima k...
16/05/2026

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Selamat Hari Guru
Terima kasih cikgu
16 Mei 2026

Address

WDT 46
Inanam
88450

Telephone

088-421208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKIL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share