21/09/2026
Pertandingan Kemahiran Smart Automation Challenge 2026 Jelajah AIM TVET x Karnival Mesra Anak Muda (KAMU)
19-20 September 2026 | Stadium Indera Mulia
KEJAYAAN PELAJAR JKM DALAM SMART AUTOMATION CHALLENGE 2026
Tahniah diucapkan kepada para pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) atas penyertaan dalam Pertandingan Kemahiran Smart Automation Challenge 2026 sempena Jelajah AIM TVET x Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang telah berlangsung pada 19 hingga 20 September 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak, PASAK dan Proweld Training Centre sebagai platform untuk mencungkil bakat serta memperkasa kemahiran pelajar dalam bidang automasi dan teknologi TVET.
Lebih membanggakan, dua orang pelajar JKM berjaya meraih tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tersebut. Selain itu, lapan orang pelajar JKM turut menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas komitmen dan penglibatan mereka.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, semangat serta kesungguhan yang ditunjukkan. Pencapaian ini mencerminkan potensi pelajar JKM dalam mengaplikasikan kemahiran teknikal dan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi pertandingan sebenar.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran, meneroka teknologi baharu dan melakar lebih banyak kejayaan dalam bidang TVET pada masa akan datang.