Kelab Briged Bomba & Penyelamat UniKL RCMP

Kelab Briged Bomba & Penyelamat UniKL RCMP Sebuah Kelab yang berdaftar di bawah Unikl RCMP.

Royal Club Rush UniKL RCMP 2022
19/10/2022

Royal Club Rush UniKL RCMP 2022

30/08/2022
Terima kasih Ketua Balai Bomba Ipoh atas kesudian menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri UniKL RCMP 2022.
18/05/2022

Terima kasih Ketua Balai Bomba Ipoh atas kesudian menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri UniKL RCMP 2022.

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.Pada tanggal 4 Mei , Hari Bomba disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi menge...
04/05/2022

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Pada tanggal 4 Mei , Hari Bomba disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota - anggota bomba yang banyak berkhidmat demi keselamatan kita semua.
Selain itu, Hari Bomba juga bertujuan untuk berterima kasih kepada anggota bomba yang selalu memberikan pertolongan semasa kecemasan dan sentiasa bersiap siaga sewaktu mendapat panggilan kecemasan.

Terima kasih anggota bomba.

"Satu hati, Teguh bersama"


Salam sejahtera buat semua, Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,...
01/05/2022

Salam sejahtera buat semua,
Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Hargailah insan yang tersayang dengan meluangkan masa bersama semasa hari perayaan ini.

Ziarahlah rumah sanak saudara dan sahabat handai setelah beberapa tahun ini kita tidak mempunyai peluang untuk melakukan tradisi yang bermakna ini agar tidak dilupakan dek kerana kesibukan mencari rezeki di perantauan.

"Satu hati, Teguh bersama"


Salam sejahtera buat semua,Seperti yang sudah dimaklumkan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada keesokan hari.K...
01/05/2022

Salam sejahtera buat semua,
Seperti yang sudah dimaklumkan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada keesokan hari.

Kelab Briged Bomba UniKL RCMP ingin menyampaikan beberapa tips persediaan sebelum kita semua pulang ke kampung halaman yang tercinta.

1. Rancang perjalanan dengan teliti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa perjalanan. Perjalanan perlu dirancang bermula daripada waktu mula perjalanan dan mengira tempoh perjalanan agar kita tidak penat sewaktu memandu.

2. Periksa fizikal kenderaan. Keadaan bunga , fizikal dan angin tayar, minyak enjin, minyak brek, minyak hitam dan sebagainya. Tips ini dapat mengelakkan kemalangan sewaktu perjalanan balik kampung.
Bak kata peribahasa " Sediakan payung sebelum hujan".

3. Dapatkan rehat dengan secukupnya. Hal ini supaya kita dapat menempuh perjalanan dengan semangat dan mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingin. Apabila rasa mengantuk, rehat sebentar supaya kita mendapat secukup tenaga sehingga ke destinasi perjalanan.

4. Pastikan segala barang tidak tertinggal. Dokumen penting seperti kad pengenalan dan barang keperluan raya seperti baju raya. Persiapan yang rapi dapat memberi hasil yang memuaskan.

Tips persediaan ini dibawakan oleh
Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP.

Ayuhlah kita menitikberatkan keselamatan dan kesihatan demi insan yang tersayang.

"Satu hati, Teguh bersama"

Salam sejahtera diucapkan kepada semuaPada 14 April 2022, Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP telah menyertai a...
30/04/2022

Salam sejahtera diucapkan kepada semua

Pada 14 April 2022, Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP telah menyertai aktiviti kacau dan agih bubur lambuk di bawah program Iftar Mahabbah Ramadan (IFMAR) 3.0 yang dianjurkan oleh Student Representative Committee (SRC).

Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL RCMP ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktikiti kacau dan agih bubur lambuk ini misalnya Kelab Pembina, RCC dan pihak KSR yang bersama-sama menyumbang tenaga.

Aktiviti mengacau bubur lambuk bermula dari waktu pagi dengan penyertaan daripada para staf dan wakil pelajar UniKL RCMP. Bubur yang telah siap, diagihkan kepada staff di foyer dan para pelajar di Kafe Dang Anum. Bubur lambuk juga diagihkan kepada institusi terpilih misalnya Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, IPD, Unit derma Darah HRPB dan KWSP.

"Satu hati, Teguh bersama"


22/04/2022

Address

Universiti Kuala Lumpur Royal College Of Medicine Perak (UniKL RCMP), 3, Jalan Greentown
Ipoh
30450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Briged Bomba & Penyelamat UniKL RCMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab Briged Bomba & Penyelamat UniKL RCMP:

Share