SMK Simpang Pulai

SMK Simpang Pulai Kami warga sekolah ini sentiasa mewujudkan suasana pendidikan yang harmonis bagi melahirkan insan yang kamil. Saharudin b. Ahmad Kamal b. Mohd Arif. Hj. Ahmad.

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai (SMKSP) terletak di Kampung Kepayang, Mukim Sungai Raya, Kinta, Perak. Sekolah ini dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-6 dalam Projek Bank Dunia ke-12 bagi tahun 1995. Bangunan sekolah ini bernilai RM5.1 juta dan didirikan di atas tapak seluas enam hektar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan bekas lombong. Pembinaannya bermula pada 12 September 1994

dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai 1996 tetapi ia telah dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dua bulan lebih awal iaitu pada bulan Mei 1996. SMK Simpang Pulai mengandungi dua blok empat tingkat untuk bilik darjah, satu blok empat tingkat untuk makmal sains, satu blok dua tingkat untuk bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan kantin. Keistimewaan bangunan ini ialah terdapat dua koridor di kiri dan kanan bangunan. Ini adalah model bagunan yang pertama dan terakhir didirikan di Negeri Perak. Guru yang mula-mula melaporkan diri di sekolah ini ialah En. Abd Rahman pada 1 Jun 1996 bersama-sama seorang Pekerja Rendah Awam iaitu En. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka seramai 10 orang guru telah bertugas. Pengetua yang pertama ialah Tn. Kamarulzaman b. Beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama sebulan, beliau telah ditukarkan ke Unit Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sehingga kini seramai 7 orang Pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pelajar ambilan pertama menduduki PMR di sekolah ini ialah pada tahun 1997, dan SPM yang pertama ialah pada tahun 1999. Selaras dengan arus pembangunan pendidikan, sekolah ini turut dibekalkan 21 set komputer pada tahun 1999 di bawah program KDP yang membolehkan sekolah membuka sebuah Makmal Komputer. Pada tahun 2002, sebuah bangunan Makmal Komputer yang menempatkan sejumlah 43 set komputer lagi dibekalkan kepada sekolah ini di bawah program EPU. Pada 2004 sekolah menawarkan mata pelajaran MPV iaitu Katering & Penyajian. Sekolah juga, telah menyediakan sebuah pondok jaga dan sebuah tempat letak basikal. Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan iaitu Makmal Komputer I & II dan Makmal Komputer milik Panitia Rekacipta.

08/01/2019

26/01/2019 Acara merentas Desa di SMK Simpang Pulai

08/01/2019

Selamat kembali ke smk Simpang Pulai.

07/07/2016

Selamat Hari Raya ... seluruh warga SMK SIMPANG PULAI. ....dari pentadbir, guru-guru dan staf sokongan SMKSP

10/12/2014
Mesyuarat guru 2015
10/12/2014

Mesyuarat guru 2015

Mesyuarat guru
10/12/2014

Mesyuarat guru

23/10/2013
23/10/2013

Salam kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi SPM 2013,

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Pecutan Akhir Add Math SPM 2013 pada 26 Oktober 2013 Sabtu di alu-alukan. Yuran hanya RM30.00(Diskaun dri RM 39) sahaja termasuk hand out, nota dan kelas intensif selama 5 jam. Pelajar yang menyertai bengkel pada 26 hb Oktober ini akan layak berpeluang mendapat kelas ulangkaji percuma Add Math pda 2 dan 4 November 2013. Sila rebut peluang ini..cara terakhir untuk anda lulus dan bersedia untuk menghadapi SPM 2103. Sekian TQ.

19/09/2013

Dimaklumkan Pusat Tuisyen Ikhwan akan mengadakan Bengkel Intensif Prinsip Akaun SPM 2013 pada 22 dan 29 Sepetember 2013 (Ahad) di Pusat Tuisyen Ikhwan di Bandar Cyber berdekatan dengan Bandar Seri Botani. Bagi calon peperiksaan digalakkan hadir..Anda target Lulus atau Cemerlang adalah berada di tangan anda..Jangan lepaskan peluang keemasan ini. TQ

Address

Bandar Pulai Jaya
Ipoh
31300

Website

http://kintautara.net/aea2052/, http://pibgsmsp.blogspot.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Simpang Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share