Jabatan Pengajian Am - Politeknik Ungku Omar

Jabatan Pengajian Am - Politeknik Ungku Omar Jabatan Pengajian Am terdiri daripada Unit Bahasa dan Unit Pendidikan Islam & Moral. Jabatan ini men

ENGLISH CHILL OUT SESSION 1 2026/2027On 28 July 2026, the Language Unit, General Studies Department successfully organis...
30/07/2026

ENGLISH CHILL OUT SESSION 1 2026/2027

On 28 July 2026, the Language Unit, General Studies Department successfully organised English Chill Out Session 1 2026/2027 (ECO 2026) at Dewan Warisan and Dataran Ilmu, PUO.

English Chill Out is designed to provide a fun and relaxed learning environment where participants can communicate confidently without worrying about making mistakes. Unlike traditional classroom lessons, the programme promotes language learning through interactive and enjoyable activities.

Participants engaged in a variety of exciting games, including Charade, Spell-It-Right, Hot Seat, and Sentence Scramble, which helped them develop their vocabulary, pronunciation, speaking fluency, and listening skills in a natural and engaging way.

A total of 112 students participated in the competition, working collaboratively in teams as they completed challenges at four interactive game stations: Spell Champions, Motion Masters, The Syntax Escape Room, and The Power Seat.

Congratulations to all the winners and participants for your enthusiasm, teamwork, and outstanding sportsmanship. Your active participation made ECO 2026 a memorable and meaningful learning experience.

πŸ’«SETINGGI-TINGGI TAHNIAHπŸ‘πŸ’πŸŒ·Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Hj. Ahmad Fkrudin bin Mohamed Yusoff, Dr. Hj. Mo...
27/07/2026

πŸ’«SETINGGI-TINGGI TAHNIAHπŸ‘πŸ’πŸŒ·
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Hj. Ahmad Fkrudin bin Mohamed Yusoff, Dr. Hj. Mohamed Hamdan bin Abdullah dan Ustaz Hj. Marzuki bin Sepiaail di atas kejayaan pemangkuan ke Gred DH14.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kecemerlangan berterusan serta sumbangan signifikan kepada kegemilangan jabatan serta institusi .

PROGRAM SOLAT HIGH IMPACT: "FUNGSIKAN SOLATMU" BERJAYA DILAKSANAKAN. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas...
22/07/2026

PROGRAM SOLAT HIGH IMPACT: "FUNGSIKAN SOLATMU" BERJAYA DILAKSANAKAN.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kejayaan penganjuran Program Solat High Impact: Fungsikan Solatmu yang telah berlangsung pada 21 Julai 2026 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar.
Program ini telah menghimpunkan para pelajar PUO dalam usaha menyemarakkan kefahaman dan penghayatan terhadap solat sebagai tiang agama serta sumber kekuatan diri.

Antara pengisian yang telah berlangsung: Ceramah "Fungsikan Solatmu dari Rutin ke High Impact" oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rosdi bin Ripin. Sesi Tahsin Surah Al-Fatihah oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Khidir bin Daud. Penyampaian hadiah Pertandingan Video Dakwah Kreatif PUO.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi panduan untuk kita memperbaiki kualiti solat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, urus setia, jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga PUO yang telah hadir dan menjayakan program ini.

Solat Berkualiti, Sahsiah Terpuji.

Program TOT Nuqaba’ Smart Circle PUO Perkasa Kepimpinan MahasiswaIPOH, 18 Julai – Program Training of Trainers (TOT) Nuq...
20/07/2026

Program TOT Nuqaba’ Smart Circle PUO Perkasa Kepimpinan Mahasiswa

IPOH, 18 Julai – Program Training of Trainers (TOT) Nuqaba’ Smart Circle PUO berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 39 peserta yang mengikuti pelbagai sesi perkongsian dan latihan bagi mempersiapkan diri sebagai Nuqaba’ yang berilmu, berkeyakinan serta bersedia membimbing rakan-rakan melalui ME Smart Circle.

Program tersebut menghimpunkan peserta dalam satu platform latihan yang memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan dan persediaan sebagai Nuqaba’. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian yang bertujuan meningkatkan kefahaman serta keyakinan dalam melaksanakan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya.

Perkongsian utama program telah disampaikan oleh Ustaz Asyraf, yang merupakan Pengarah SMART CIRCLE IPT PERAK. Melalui sesi tersebut, peserta memperoleh pendedahan serta panduan yang dapat dijadikan bekalan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Nuqaba’ di Politeknik Ungku Omar.

Program ini bertujuan melahirkan Nuqaba’ yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan keyakinan diri, malah bersedia membimbing rakan-rakan melalui ME Smart Circle. Pengisian yang disampaikan diharap dapat memperkukuhkan peranan peserta dalam menyebarkan nilai-nilai murni serta menyokong pembangunan sahsiah dalam kalangan warga kampus.

Penganjur berharap segala ilmu, pengalaman dan semangat yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta untuk terus menyebarkan kebaikan serta menyumbang ke arah pembinaan budaya kampus yang lebih harmoni dan berakhlak.

Dalam masa yang sama, penghargaan turut dirakamkan kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia dan peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung sehingga segala pengisian dapat dilaksanakan dengan lancar.

Penganjur turut mendoakan agar setiap usaha yang dicurahkan sepanjang menjayakan Program TOT Nuqaba’ Smart Circle PUO menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Program berkenaan diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program Smart Circle PUO pada masa hadapan dalam usaha memperkukuh pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa.

πŸ—£οΈ Love English? Love games? Then this event is for you! Gather your friends and join Language Games: English Chillout 2...
15/07/2026

πŸ—£οΈ Love English? Love games? Then this event is for you! Gather your friends and join Language Games: English Chillout 2026 for an afternoon filled with thrilling activities and amazing prizes! 🎯

πŸ“… 28 July 2026
πŸ•‘ 2.00 PM – 5.00 PM
πŸ“ Dewan Warisan & Dataran Ilmu

πŸ”— Scan the QR code or click this link to find out more: https://englishchillout.my.canva.site/the

Don’t miss this opportunity to learn, compete, and create unforgettable memories with your friends.

*We look forward to seeing you at English Chillout 2026!*

🌸 *PROGRAM SOLAT HIGH IMPACT: "FUNGSIKAN SOLATMU"* 🌸Assalamualaikum wbt,Jom sertai Program SOLAT HIGH IMPACT: Fungsikan ...
15/07/2026

🌸 *PROGRAM SOLAT HIGH IMPACT: "FUNGSIKAN SOLATMU"* 🌸

Assalamualaikum wbt,

Jom sertai Program SOLAT HIGH IMPACT: Fungsikan Solatmu pada ketetapan berikut:

πŸ“… 21 Julai 2026 (Selasa)
πŸ•‘ 2.00 petang – 4.30 petang
πŸ“ Dewan Jubli Perak, PUO
πŸ‘¦πŸ»πŸ§•πŸΌ Wajib bagi pelajar yang mengambil kursus PENDIDIKAN ISLAM (Asasi), PENGAJIAN ISLAM dan SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (Diploma)

✨ Pengisian Menarik:
βœ… Berinteraksi dengan lafaz bacaan dalam solat.
βœ… Menghayati mesej bacaan dalam solat.
βœ… Bimbingan tahsin surah al-Fatihah.
βœ… Pertandingan Video Dakwah Kreatif bertemakan "Fungsikan Solatmu: Solat Mengubah Kehidupan"

*"Solat berkualiti, Sahsiah terpuji"*

πŸ“’ Warga Muslim PUO dijemput menyertai program ini. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan meraih keberkatan.

Sebarang pertanyaan hubungi:
Ustazah Natrah: 0139108857
Ustazah Haslina: 0165557050

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘PERALIHAN AMANAH KEPEMIMPINAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (UPIM) JABATAN PENG...
09/06/2026

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘

PERALIHAN AMANAH KEPEMIMPINAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (UPIM) JABATAN PENGAJIAN AM

Setiap amanah yang dipikul adalah lambang kepercayaan, manakala setiap jasa yang dicurahkan merupakan legasi yang akan terus dikenang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Musleha binti Mokter atas pelantikan sebagai Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM), Jabatan Pengajian Am yang baharu, berkuat kuasa 8 Jun 2026. Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam menerajui UPIM ke tahap yang lebih gemilang.

Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Shukri bin Mohd Isa atas segala sumbangan, komitmen serta kepemimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Kursus sebelum ini. Segala jasa dan bakti yang diberikan amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada warga jabatan.

Semoga kedua-duanya terus melakar kecemerlangan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab demi memartabatkan pendidikan serta pembangunan sahsiah pelajar TVET.

05/06/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Yang teristimewa Ustaz Mohd Shukri Mohd Isa;

Terima kasih atas segala jasa, ilmu, bimbingan dan kenangan yang telah dikongsi bersama kami sepanjang 22 tahun di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar. Kehadiranmu memberi warna, meninggalkan kesan, dan akan sentiasa dikenang.

Semoga terus melakar kejayaan dan kebahagiaan di tempat baharu. Selamat maju jaya dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Bukan selamat tinggal, tetapi sehingga kita bertemu lagi.

Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Mohd Shukri bin Mohd Isa yang bakal ...
01/06/2026

Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Mohd Shukri bin Mohd Isa yang bakal meneruskan tugas di tempat baharu di Politeknik Kota Kinabalu bermula Jun 2026. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbang bakti dan tunjuk ajar sepanjang 22 tahun Ustaz berkhidmat di Politeknik Ungku Omar. Perpindahan ini semestinya merupakan satu kehilangan yang besar bagi JPA, namun kami tetap mengucapkan tahniah dan semoga Ustaz semakin cemerlang di tempat baharu.

Syabas dan tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Am, ia...
11/05/2026

Syabas dan tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Am, iaitu:

Encik Mohd Rosdi bin Ripin
Puan Nor Fadzlinda binti Ishak
Puan Woon Chee Chee

Moga terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. πŸ’πŸ’πŸ’

Address

Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+605 545 7622

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengajian Am - Politeknik Ungku Omar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share