Giatmara Negeri Perak

Directions Website Contact the university

Giatmara Negeri Perak Page ini adalah page rasmi bagi GIATMARA Negeri Perak.

Visi : Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa

Misi : Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing

Objektif :
- Melahirkan tenaga mahir negara
- Mewujudkan usahawan
- Membantu membasmi kemiskinan

14 Julai 2026-Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan Senat Peringkat Negeri Perak Bil. 46 telah diadakan di GIATMARA Tanjun...
14/07/2026

14 Julai 2026-Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan Senat Peringkat Negeri Perak Bil. 46 telah diadakan di GIATMARA Tanjung Malim.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah dan pegawai negeri, Pegawai Mengawal Pusat (PMP) serta wakil daripada kalangan tenaga pengajar GIATMARA Negeri Perak.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK KASIH MAJLIS PERSARAAN & PERTUKARAN ANGGOTA KERJA GIATMARA NEGERI PERAKπŸ“… 8 Julai 2026 - T...
09/07/2026

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK KASIH
MAJLIS PERSARAAN & PERTUKARAN ANGGOTA KERJA GIATMARA NEGERI PERAK

πŸ“… 8 Julai 2026 - Travelodge Hotel Ipoh

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, telah berlangsung Majlis Sekalung Budi, Sejambak Kasih bagi meraikan anggota kerja GIATMARA Negeri Perak yang telah menamatkan perkhidmatan serta menerima pertukaran ke negeri baharu.

Selamat Bersara diucapkan kepada:
πŸŽ–οΈ En. Mohd Mubaraq Bin Abd. Hamid
Mantan Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Perak

πŸŽ–οΈ En. Ahmad Kharmain Bin Tajudin
Tenaga Pengajar Kanan GIATMARA Batu Gajah

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala bakti yang ditaburkan menjadi amal jariah dan terus dikenang oleh seluruh warga GIATMARA.

Selamat Bertugas di Tempat Baharu diucapkan kepada:
πŸ“ Puan Mimi Shahida binti Berlia
Pengurus GIATMARA Ipoh Timur
(Bertukar ke GIATMARA Negeri Terengganu)

πŸ“ En. Hamzah bin Ismail
Tenaga Pengajar Kanan GIATMARA Gopeng
(Bertukar ke GIATMARA Negeri Terengganu)

Semoga terus cemerlang menggalas amanah di tempat baharu serta membawa kecemerlangan dan pengalaman yang telah dibina bersama GIATMARA Negeri Perak.

Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada GIATMARA Negeri Perak.

Warga GIATMARA Negeri Perak mendoakan agar kalian sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga berjumpa lagi di lain waktu dan lapangan. Selamat maju jaya dan semoga ukhwah yang terjalin akan terus mekar selamanya.

"Jasa Dikenang, Budi Disanjung, Kenangan Terpahat Selamanya."

02/07/2026

PANGGILAN PARA GRADUAN GIATMARA. JOM SERTAI MAJLIS GRADUASI GIATMARA PERAK PADA 24 OGOS 2026.

TAHNIAH WARGA GIATMARA BAGAN DATUK! Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada En. Khairul Bin Othman, Tenaga Penga...
01/07/2026

TAHNIAH WARGA GIATMARA BAGAN DATUK!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada En. Khairul Bin Othman, Tenaga Pengajar GIATMARA Bagan Datuk atas penerimaan Anugerah Pendidik Cemerlang MARA 2026.

Sekalung tahniah juga kepada En. Nazri Bin Mohamed Pegawai Mengawal Pusat (PMP), serta seluruh warga kerja GIATMARA Bagan Datuk atas kejayaan merangkul Anugerah Institut Pendidikan MARA Terbaik (IPMA).

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna hasil dedikasi, komitmen dan kecemerlangan seluruh pasukan dalam melahirkan modal insan TVET yang berkualiti.

Majlis Sambutan Hari Anugerah Pendidik MARA 2026 telah berlangsung pada 30 Jun 2026 di Kuala Lumpur dengan tema "Guru Bitara, Nadi Negara", sebagai tanda penghargaan kepada hampir 10,000 pendidik di 346 Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga GIATMARA Perak untuk terus memperkasakan pendidikan TVET dan melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Tahniah dan syabas! Terus melakar kecemerlangan.

PROGRAM CSR GIATMARA PERAK @ FAMA AGROTECH 2026GIATMARA Perak telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CS...
01/07/2026

PROGRAM CSR GIATMARA PERAK @ FAMA AGROTECH 2026

GIATMARA Perak telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Program FAMA Agrotech yang berlangsung di RTC Gopeng pada 27 – 28 Jun 2026.

Antara pengisian program:
βœ‚οΈ 27 Jun 2026 – GIATMARA Gopeng telah menyediakan 100 slot Gunting Rambut Percuma kepada pengunjung.

πŸ›΅ 28 Jun 2026 – GIATMARA Tambun telah menawarkan 100 slot Servis Motosikal Percuma sebagai khidmat kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar, pelatih, urus setia dan pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan GIATMARA dengan komuniti serta memberi manfaat kepada masyarakat.

GIATMARA Perak – TVET Untuk Komuniti, Kemahiran Untuk Masa Depan.

MESYUARAT PENGURUSAN GIATMARA PERAK BIL. 3/2026Pada 25 hingga 26 Jun 2026, telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan GIATMA...
26/06/2026

MESYUARAT PENGURUSAN GIATMARA PERAK BIL. 3/2026

Pada 25 hingga 26 Jun 2026, telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Perak Bil. 3/2026 bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Sabri Bin Karim, Pengarah GIATMARA Perak dengan kehadiran barisan pengurusan GIATMARA Perak bagi membentangkan KPI Q2/2026, perancangan strategik serta usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangan institusi GIATMARA Perak Khususnya.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memperkasakan TVET serta melahirkan modal insan yang berkemahiran, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

SERI – Selenggaraan Elektrik Rumah Impian Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat SERI (Selenggaraan Elektrik Rumah Im...
19/06/2026

SERI – Selenggaraan Elektrik Rumah Impian

Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat SERI (Selenggaraan Elektrik Rumah Impian) telah berjaya dilaksanakan sekitar kawasan Gerik pada 15 hingga 19 Jun 2026 dengan penglibatan tenaga pengajar dan pelatih Kursus Pendawaian Elektrik daripada beberapa GIATMARA.

Program ini merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah menjadi platform terbaik kepada para pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar sambil menyemai semangat kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat.

Antara GIATMARA yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah:

πŸ”Ή GIATMARA Gerik
πŸ”Ή GIATMARA Sungai Siput
πŸ”Ή GIATMARA Taiping
πŸ”Ή GIATMARA PRIMA Tasek Gelugor

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar, pelatih, pihak penganjur, agensi yang terlibat serta penduduk setempat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Syabas kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kepakaran dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi TVET dan komuniti serta membudayakan amalan khidmat masyarakat dalam kalangan pelatih.

TVET bukan sekadar membina kemahiran, malah membentuk insan yang prihatin dan berbakti kepada masyarakat.










Terima Kasih Samurai Paint & Syabas GIATMARA Beruas! Alhamdulillah, pada 18 Jun 2026 telah berlangsung satu sesi perkong...
19/06/2026

Terima Kasih Samurai Paint & Syabas GIATMARA Beruas!

Alhamdulillah, pada 18 Jun 2026 telah berlangsung satu sesi perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat bersama Samurai Paint Malaysia di Bengkel Teknologi Motosikal GIATMARA Beruas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Samurai Paint yang sudi meluangkan masa berkongsi pengetahuan, pengalaman serta kemahiran dengan para pelatih GIATMARA Beruas dan peserta Short Cycle Training (SCT) Maahad Tahfiz Madrasatul Maarif.

Program sebegini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali aplikasi sebenar kemahiran yang digunakan dalam industri serta membuka minda mereka terhadap perkembangan teknologi dan produk semasa.

Tahniah dan syabas juga kepada GIATMARA Beruas atas inisiatif menganjurkan program yang bermanfaat ini serta menjayakan kolaborasi bersama pihak industri demi memperkasa pendidikan dan latihan kemahiran TVET di peringkat komuniti.

Semoga jalinan kerjasama antara GIATMARA dan pihak industri seperti Samurai Paint dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang berdaya saing dan berkualiti.

πŸ“ Program Perkongsian Ilmu Bersama Samurai Paint
πŸ“… 18 Jun 2026
🏍️ Bengkel Teknologi Motosikal GIATMARA Beruas
πŸ‘¨β€πŸ”§ Pelatih GIATMARA Beruas & Peserta SCT Maahad Tahfiz Madrasatul Maarif







GIATMARA Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja serta para pelati...
19/06/2026

GIATMARA Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja serta para pelatih yang telah memberikan komitmen dan kerjasama cemerlang dalam menjayakan Program Pemerkasaan Komuniti Sejahtera: Karnival Selamanya Di Hati 3.0 yang telah berlangsung pada 19 Jun 2026 (Jumaat) bertempat di Pasar Pagi Sungai Bayor.

Program yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak dan berjaya menghimpunkan pelbagai agensi serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat.

Antara penglibatan GIATMARA Larut adalah seperti berikut:

πŸ‘©β€πŸ³ Panel Juri Pertandingan Menu Sihat
β€’ Puan Norhanisah binti Saad (PMP)

πŸ‘¨β€πŸ³ Panel Juri Pertandingan Chef Cilik
β€’ Encik Mohd Saufi bin Mohd Yusof
β€’ Puan Mimi Zainab binti Zali
β€’ Bersama 7 orang pelatih Program Masakan dan Pramusaji (MNP)

🧹 Program Gotong-Royong Komuniti
β€’ Encik Abdul Manab bin Busrara
β€’ Encik Mohamad Wafiq bin Jelani
β€’ Bersama 24 orang pelatih Teknologi Automotif GIATMARA Larut

πŸ“’ Pameran Statik GIATMARA
β€’ Encik Muhammad Nor Firdaus bin Mohd Piah

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan atas dedikasi, semangat kesukarelawanan serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Penyertaan aktif warga GIATMARA Larut bukan sahaja mencerminkan semangat kerja berpasukan, malah memperkukuhkan peranan institusi dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya saing dan prihatin.

"Kemahiran Menjamin Kehidupan"






12/06/2026

Lepasan pelatih 2025, nantikan kedatangan Majlis Graduasi yang gilang gemilang yang akan diadakan pada 24 Ogos 2026 @ KPTM Ipoh.

Address

GIATMARA Negeri Perak, No 10, Medan Istana 6, Bandar Ipoh Raya
Ipoh
30010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Giatmara Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Giatmara Negeri Perak:

Shortcuts

Share