06/02/2024
MEMOHON PELAJAR INTERN BAGI KURSUS AUTOMOTIF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami daripada Lams Tech Auto yang beralamat di No 3, Jalan Suria 9, Taman Malim Jaya , 72500 Melaka ingin memohon penempatan bagi pelajar Latihan Industri/Intern di bengkel kami untuk servis kenderaan ringan.
3. Kami memerlukan seramai 5 orang pelajar untuk ditempatkan di bengkel kami bagi melengkapkan Latihan Industri mereka.
4. Kelebihan yang dapat kami tawarkan ialah :
1) Mempunyai pengalaman dalam bidang automotif melebihi 20 tahun
2) Specialize dalam kereta Kia dan Hyundai
3) Elaun
4) Asrama disediakan jika pelajar jauh daripada tempat tinggal
5. Kerjasama daripada pihak Tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Disini, kami sertakan Company Profile syarikat dan beberapa sijil pencapaian pengurus bengkel untuk rujukan pihak Tuan. Jika pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami di 019 5629036/012 5629036 atau emel kan pada [email protected] .
LOGO LAMS TECH.png
Admin ,
Lams Tech Auto,
No 3 Jalan Suria 9,
Taman Malim Jaya.
72500 Melaka.
Email: lamsautocare2gmail.com
H/P: 019 5629036