18/09/2026
MAJLIS APRESIASI & JALINAN STRATEGIK SEKOLAH ANGKAT KPTM IPOH
17 September 2026, Khamis – KPTM Ipoh terus memperkukuh jaringan bersama institusi pendidikan menerusi Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik bersama Sekolah-Sekolah Angkat yang berlangsung di Auditorium KPTM Ipoh.
Kerjasama strategik kali ini menyaksikan 10 sekolah baharu dari setiap daerah di Negeri Perak menyertai inisiatif Sekolah Angkat KPTM Ipoh iaitu:
1. SMK Khir Johari (Daerah Bagan Datuk)
2. SMK Sri Tapah (Daerah Batang Padang)
3. SMK Sultan Abdullah (Daerah Hilir Perak)
4. SMK Batu 4 (Daerah Hulu Perak)
5. SMK Dato’ Bendahara C M Yusuf (Daerah Kinta Selatan)
6. SMK Panglima Bukit Gantang (Daerah Kerian)
7. SMK Toh Muda Abdul Aziz (Daerah Kuala Kangsar)
8. SMK Doktor Burhanuddin (Dearah Larut Matang dan Selama)
9. SMK Ahmad Boestamam (Daearh Manjung)
10. SMK Dato’ Seri Maharaja Lela (Daerah Perak Tengah)
Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Raihanulazmi bin Muhammad; Timbalan Pengarah Sektor Perancanagan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta turut disaksikan oleh Encik Muhammad Adzlan Farouq bin Roselan, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Latihan dan Kerjaya, Pejabat MARA Negeri Perak.
Turut diadakan Majlis Penyampaian Cek Cura kepada Sekolah-sekolah Angkat sedia ada iaitu:
1. SMK Jati, Ipoh
2. SMK Jelapang Jaya, Ipoh
3. SMK Tambun, Ipoh
4. SMK Tasek Damai, Ipoh
5. SMK Kg. Pasir Puteh, Ipoh
6. SMK Simpang Pulai, Ipoh
Kerjasama ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara KPTM Ipoh dan pihak sekolah, khususnya dalam memberi pendedahan kepada pelajar mengenai laluan pendidikan, peluang pengajian, pembangunan bakat serta pelbagai inisiatif yang dapat membantu mereka merancang masa depan dengan lebih yakin.
Semoga jalinan strategik yang dibina ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada sekolah, guru, pelajar serta komuniti pendidikan secara keseluruhannya.