Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Melaka

  • Home
  • Malaysia
  • Jasin
  • Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Melaka

Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Melaka Ini adalah Page penyampaian info dan maklumat semasa Jab.Perniagaan KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin

09/01/2026
Jom masuk KVDSAZI !!
06/08/2025

Jom masuk KVDSAZI !!

*PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN TAHUN 2026 BAGI PENGAJIAN TAHUN 1 SVM*
🔖SVM : Sijil Vokasional Malaysia
✅Permohonan Atas Talian Dibuka SEKARANG Kepada Murid Tingkatan 3!!!
📱Tarikh Tutup : 7.09.2025
👇👇👇👇👇👇
https://spskt4.moe.gov.my

KV DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN (Jasin, Melaka) menawarkan program :

👷🏻‍♂️TEKNOLOGI PEMBINAAN
💻TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB
🖥️TEKNOLOGI RANGKAIAN KOMPUTER
📉PENGURUSAN PERNIAGAAN
🎟️PENGURUSAN PERUNCITAN
📊PEMASARAN

✅Pengajian Diploma : Akreditasi Penuh MQA & MBOT.

🗃️ Maklumat berkaitan KV :
https://mylink.la/kvdsazi

☎️Hubungi kami: 06-5291010

‼️JOM TEROKAI TVET DI KVDSAZI

Pertandingan Mencipta i-Poster Perakaunan bertema _The Accountant's Code : Inspiring Trust, Driving Innovation_Tarikh: 2...
06/08/2025

Pertandingan Mencipta i-Poster Perakaunan bertema _The Accountant's Code : Inspiring Trust, Driving Innovation_

Tarikh: 26 Mei 2025 - 27 Jun 2025
Anjuran: Malaysian of Institute Accountants (MIA)
Penyertaan: 6 orang pelajar program Pengurusan Perniagaan, Jabatan Perniagaan KVDSAZI

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut :

1. Pemenang 5 Finalis Terbaik 👍🏻
🎁Hadiah diterima : Wang Tunai RM100 + e-Sijil Penghargaan
AISYAH ARDINI BINTI MOHAMED FAIZAL (1SVM BPP)

2. Saguhati
🎁Hadiah diterima : e-Wallet RM50 + e-Sijil Penghargaan
NUR HEDRIANA IRWAYU BINTI MUHAMMAD TAWAF (1SVM BPP)

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang menang 🥳 dan juga Pensyarah Pembimbing, iaitu Pn Siti Syazwani binti Mohd Saad.

📍 Lawatan Industri & Edu-Pelancongan📅 4 Julai 2025📍 Pos Laju Kuala Lumpur & Farm Fresh UPM, SerdangSeramai 25 orang pela...
28/07/2025

📍 Lawatan Industri & Edu-Pelancongan
📅 4 Julai 2025
📍 Pos Laju Kuala Lumpur & Farm Fresh UPM, Serdang

Seramai 25 orang pelajar Tahun 2 SVM Pengurusan Perniagaan bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pejabat Pos Laju Kuala Lumpur dan Ladang Farm Fresh, Serdang.

🎯 Objektif lawatan:
✅ Mendedahkan pelajar kepada operasi perkhidmatan pos & logistik moden
✅ Mengetahui konsep agro-pelancongan dan pengurusan ladang moden
✅ Meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan kerja berpasukan

Antara aktiviti menarik sepanjang lawatan termasuk taklimat korporat, sesi kuiz interaktif, lawatan sekitar operasi Pos Laju serta eksplorasi ladang moden di Farm Fresh UPM. 🌿📦

💡 Program ini juga memenuhi keperluan pembelajaran berasaskan amali dalam kursus Perkhidmatan Kaunter Hadapan dan Komunikasi Perniagaan
📸 Ilmu, pengalaman dan kenangan manis dikutip sepanjang perjalanan. Bukan sekadar lawatan – ini adalah pelaburan dalam masa depan pelajar!

✨ pembelajaran bukan hanya di dalam kelas, tapi juga di dunia sebenar!

🎯 BENGKEL ROAD TO FINAL V1911 - KOMUNIKASI PERNIAGAAN📅 9 Julai 2025 (Rabu)🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari📍 Bilik Mesyuar...
28/07/2025

🎯 BENGKEL ROAD TO FINAL V1911 - KOMUNIKASI PERNIAGAAN
📅 9 Julai 2025 (Rabu)
🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Bilik Mesyuarat Delima

Satu inisiatif persediaan akhir yang padat dan bermanfaat telah dilaksanakan oleh Program Pengurusan Perniagaan, melibatkan 25 orang pelajar Tahun 1 SVM.

💼 Dalam bengkel ini, pelajar didedahkan dengan:
✅ Format penilaian akhir (Amali & Teori) Komunikasi Perniagaan V1911
✅ Teknik menjawab soalan secara sistematik
✅ Strategi pengurusan masa semasa peperiksaan
✅ Aktiviti LDK berkumpulan – hands-on jawab soalan sebenar!

✨ Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkukuh persediaan pelajar dari segi mental, fizikal dan emosi menjelang penilaian akhir – bukan sahaja untuk berjaya, tapi cemerlang!

🎁 Pelajar turut berpeluang memenangi hadiah dan hamper melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sepanjang program.

📸 Kami percaya kejayaan bukan hanya diukur melalui keputusan, tapi juga melalui usaha dan persiapan yang tersusun.

✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI MELAKA✨📆Tarikh : 24/07/2025🌤️Hari : Khamis⏰Masa : 08.30 pagi - ...
28/07/2025

✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI MELAKA✨

📆Tarikh : 24/07/2025
🌤️Hari : Khamis
⏰Masa : 08.30 pagi - 01.00 petang
🏫Tempat : Arkib Melaka, Ayer Keroh, Melaka
👩🏻‍💼👨🏻‍💼Penglibatan : Semua pelajar Tahun 2SVM BPP & 3 orang Pensyarah Program Pengurusan Perniagaan

Objektif Lawatan :
i. Mengetahui dan melihat secara praktikal mengenai sistem pengurusan fail dalam organisasi di sektor kerajaan.
ii. Meningkatkan pengetahuan dalam sistem pengurusan rekod dengan lebih mendalam.
iii. Meningkatkan daya motivasi dan minat dalam kalangan pelajar untuk lebih bersemangat menguasai ilmu pengetahuan bagi modul CBF3136 Pengurusan Fail

Ikhlas,
Pengarah
KVd'SAZI
NYDP MPKVT



Address

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share