13/09/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para peserta KVDSAZI yang telah berjaya mewakili Zon Melaka dan Negeri Sembilan dalam pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan. 👏✨
Terima kasih atas segala usaha, komitmen, semangat juang dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang pertandingan. Keberanian untuk bersaing serta membawa nama zon dan negeri merupakan satu kebanggaan yang tidak ternilai.
Menang atau kalah bukanlah ukuran utama. Yang lebih penting ialah pengalaman, ilmu, kemahiran dan semangat yang telah diperoleh sepanjang pertandingan.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 💪🌟
Tahniah dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Zon Melaka dan Negeri Sembilan! ❤️👏
Ikhlas,
Pengarah
KVd’SAZI
NYDP MPKV
Provide Skills Training for future demands