07/10/2019
PPA COB ONLINE: Perjumpaan Dekan PPA UUM COB bersama pelajar baharu bagi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (IBS), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) semester kedua sesi A191
Perjumpaan ini bertujuan bagi memberikan maklumat berkaitan fungsi dan peranan PPA UUM COB sebagai organisasi yang menguruskan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni,UUM COB Dr. Herman Shah Bin Anuar antara lain turut berpesan kepada pelajar supaya berusaha mencapai prestasi yang cemerlang bermula dari semester pertama dan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan sehingga ke semester akhir.
“pelajar bukan sahaja perlu bijak dalam pelajaran tetapi perlu memantapkan sahsiah dan insaniah yang mana boleh di terapkan melalui penglibatan dalam aktiviti kelab/persatuan” ujarnya.
Setiap penjawat juga telah menerangkan fungsi dan peranan masing-masing seperti praktikum, urusan mobiliti, aktiviti pelajar termasuk mempromosikan Beta Gamma Sigma.
Di akhir taklimat, Dr. Herman sempat berpesan supaya setiap mahasiswa tanamkan dalam diri dengan semangat patriotik dan rasa sayangkan universiti dan negara.
Turut hadir Penasihat dan Presiden Kelab dan Persatuan dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar.
Habis