09/08/2018
Hebahan Pembukaan Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah di UniMAP, Perlis (Kemasukan September 2018 melalui sistem UPU)
Asalamualaikum Tuan/Puan,
Program Ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ingin mengalu-alukan pelajar daripada institusi Tuan/Puan untuk memohon bagi melanjutkan pengajian ke program kami untuk Sesi Kemasukan September 2018 yang akan datang.
Dipohon jasa baik pihak Tuan untuk membuat hebahan ini kepada pelajar di bawah program diploma Tuan terutamanya pelajar Tahun Akhir. Untuk maklumat lanjut, boleh like dan share link di bawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293681787433334&id=1084911344977047
Diharap ini adalah langkah permulaan untuk kita jalinkan kerjasama pada masa akan datang. Bantuan dan kerjasama pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Dr Mohd Uzair Mohd Rosli,
Pengerusi Rancangan,
Program Ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan),
Unimap, Perlis
JOM SHARE..
Semoga perkongsian anda membawa manfaat kepada kawan-kawan, anak-anak dan saudara anda yang ingin sambung belajar….
Jika masih belum mempunyai MUET, boleh terus hubungi nama yang tertera pada poster di bawah.
BERITA BAIK!!
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ingin mengalu-alukan pelajar lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi untuk memohon bagi melanjutkan pengajian ke program kami untuk Sesi Kemasukan September 2018 yang akan datang.