07/08/2026
🌟 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓 𝐄𝐗𝐄𝐂𝐔𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐂𝐄𝐑𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐄 (𝐂𝐄𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌟
Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar UTM telah melaksanakan Program Competent Executive Certificate (CEC) Tahun 2026 selama 5 hari, bermula 3 hingga 7 Ogos 2026, secara bersemuka di Excellence Room, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD).
Program ini merupakan Program Wajib Perkhidmatan bagi lantikan staf baharu Gred 9 dan merangkumi 10 modul utama. Program CEC ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan fungsi, peranan, pengurusan dan tadbir urus universiti.
Perkongsian ilmu daripada para penceramah yang berpengalaman luas serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang masing-masing telah memberikan nilai tambah kepada peserta dalam memahami dan melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan dengan lebih profesional, cekap dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu yang begitu padat, bermanfaat dan penuh bertenaga. Tidak dilupakan, sekalung penghargaan buat semua peserta atas komitmen, interaksi aktif serta fokus yang luar biasa sepanjang lima hari program berlangsung.
Semoga ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang Program CEC ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam pelaksanaan tugas serta menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang kompeten, profesional, berintegriti dan berdaya saing, demi kecemerlangan perkhidmatan dan kelestarian kecemerlangan UTM.