27/08/2026
Memperkasa sinergi industri demi pembangunan modal insan! AL Pine Utility Services Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif kami, Encik Mohamad Shahriq bin Abdullah baru-baru ini menyertai Majlis Kolaborasi Industri bersama TVETMARA Sungai Petani dan LYE Marketing Sdn. Bhd.
Menerusi kolaborasi ini, kami terlibat dalam perbincangan cadangan pembangunan Program Diploma Industri Water Networking bagi memastikan program pendidikan dan latihan sentiasa bertepatan dengan keperluan semasa sektor bekalan air dan rangkaian utiliti.
Terima kasih kepada pihak TVET MARA Sungai Petani atas penganjuran majlis ini. Kami sedia terus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi demi memperkasa infrastruktur utiliti negara.