19/08/2026
AI Membentuk Semula Industri melalui Adaptasi Strategik
KUALA LUMPUR: Kecerdasan Buatan (AI) kini bukan lagi sekadar teknologi untuk mengautomasi tugasan, malah menjadi pemacu dalam mengubah cara manusia bekerja, membuat keputusan dan mencipta nilai. Perkara tersebut menjadi fokus podcast โAI & Uโ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerusi tema โMembentuk Semula Industri melalui Adaptasi AIโ, yang menampilkan Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM sebagai panel.
Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Penyelidikan IKIM, turut disertai Puan Batrisyia Afrina binti Yusri Sham, Penerbit Program Radio. Perbincangan menekankan bahawa adaptasi AI memerlukan lebih daripada kecanggihan teknologi. Ia perlu disokong oleh data yang dipercayai, tenaga kerja berkemahiran, tadbir urus yang bertanggungjawab serta kolaborasi strategik antara universiti, industri dan masyarakat.
AI juga berpotensi mereka bentuk semula proses kerja, memperkukuh pembuatan keputusan serta membuka ruang kepada inovasi dan penciptaan nilai baharu. Sesi ini mengangkat kepentingan pendekatan yang seimbang antara teknologi, manusia dan nilai bagi memastikan AI dimanfaatkan secara strategik, bertanggungjawab dan berimpak dalam membentuk masa depan industri yang lebih berdaya saing.