21/08/2026
CSR TVETMARA JOHOR BAHRU: BERSAMA MEMPERKASA KAMPUS
Jumaat, 21 Ogos 2026
Program Corporate Social Responsibility (CSR) TVETMARA Johor Bahru bagi membaikpulih, menyelenggara dan menceriakan kemudahan kampus telah berjaya dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dari Jabatan Elektrik yang terdiri daripada program DED, DCB dan DCP.
Aktiviti CSR yang dijalankan dari 17 hingga 21 Ogos 2026 ini melibatkan beberapa lokasi utama yang merangkumi Program DPP, SMM dan Surau Al Hidayah TVETMARA Johor Bahru. Para pelajar telah bersama-sama melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan mengaplikasikan kemahiran teknikal yang dipelajari secara langsung dalam persekitaran sebenar. Aktiviti turut memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab, disiplin dan semangat berbakti kepada institusi.
Program telah diselia oleh pensyarah, Encik Jamal Bin Muhamad dan Encik Norazhar Bin Md Anuar yang turut memberi bimbingan dan sokongan kepada para pelajar sepanjang pelaksanaan aktiviti CSR.
Terima kasih kepada semua pelajar, pensyarah serta warga TVETMARA Johor Bahru yang turut terlibat dalam menjayakan program CSR ini. Semoga segala sumbangan mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.