18/09/2026
UTM di Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia 2026
KUALA LUMPUR – Artis Residen Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ts. Yusnorsyazana binti Mohd Yunos, telah mengharumkan nama universiti selepas berjaya meraih pingat Gangsa dalam Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026.
Butiran Acara & Pertandingan:
Acara: Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 (Perebutan Piala Pusingan Seri Pemuisi Malaysia & Piala Pusingan Presiden Pemuisi Malaysia)
Penganjur: Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama strategik Universiti Malaya (UM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tarikh: 14 & 15 September 2026 (Isnin & Selasa)
Lokasi: Panggung Eksperimen, Universiti Malaya
Pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan cemerlang ini.