UTM University Laboratory Management Centre

Call Directions Website

UTM University Laboratory Management Centre Updates on UTM University Laboratory Management Centre (PPMU) and University Industry Research Laboratory (UIRL) activities and services offered.

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS! Warga PPMU mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu UTM dan Se...
05/10/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS!

Warga PPMU mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu UTM dan Selamat Kembali ke Kampus kepada pelajar senior UTM!

Semoga semester baharu ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh inspirasi, pengalaman bermakna dan kejayaan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah, teruskan mencipta dan jadikan UTM tempat untuk belajar, berkembang dan mencapai impian.

Selamat menempuh semester baharu!
Salam dari kami di PPMU, UTM.

ALHAMDULILLAH, PROGRAM PENGUMPULAN TEKS DAN BAHAN AL-QURAN USANG DI PPMU TELAH BERAKHIR
01/10/2026

ALHAMDULILLAH, PROGRAM PENGUMPULAN TEKS DAN BAHAN AL-QURAN USANG DI PPMU TELAH BERAKHIR

SESI PERKONGSIAN KHAS PPMU | “MELANGKAH TANPA TEPUK”Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya . Sesi Perkongsian K...
25/09/2026

SESI PERKONGSIAN KHAS PPMU | “MELANGKAH TANPA TEPUK”

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya . Sesi Perkongsian Khas “Melangkah Tanpa Tepuk” bersamaYBhg. Prof. Madya Mustafa Yusof, Mantan Pengarah PPMU, pada 25 September 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, T03.

Sesi perkongsian ini membuka ruang kepada warga Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) untuk menimba ilmu, pengalaman, inspirasi dan perspektif daripada YBhg. Mantan Pengarah dalam menelusuri perjalanan kepimpinan serta pengalaman sepanjang berkhidmat di PPMU.

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi dan panduan kepada seluruh warga PPMU untuk terus melangkah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Mustafa Yusof atas kesudian berkongsi pengalaman dan ilmu yang begitu bermakna.

Terima kasih juga kepada seluruh warga PPMU yang telah hadir dan menjayakan sesi perkongsian ini.

Melangkah dengan pengalaman, meneruskan kecemerlangan.






TAHNIAH & SYABAS! Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada w...
24/09/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga PPMU yang telah menerima:

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Sempena Citra Karisma 2025
Universiti Teknologi Malaysia

TAHNIAH KEPADA:

1. Puan ARINA SYAIRAH BINTI MASLANI
2. Encik MUHAMMAD HASNI BIN ROSLI
3. Puan NURLEYANA BINTI SALLEH
4. Puan SITI AISAH BINTI MOHAMED @ MAZHAB

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan dan penyelidikan di UTM.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta mengharumkan nama Pusat Pengurusan Makmal Universiti dan Universiti Teknologi Malaysia.

“Kecemerlangan Hari Ini, Inspirasi Untuk Masa Hadapan.”

Ikhlas daripada
Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU)
Universiti Teknologi Malaysia

MENERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA! 🇮🇩🇲🇾Pusat Pengurusan Makmal Universiti amat berbe...
23/09/2026

MENERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA! 🇮🇩🇲🇾

Pusat Pengurusan Makmal Universiti amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia bagi menjalin jaringan kerjasama strategik serta pertukaran kepakaran dalam pengurusan makmal dan penyelidikan.

Sesi lawatan ini merangkumi penerokaan fasiliti dan perkongsian teknologi canggih di beberapa makmal utama kami:

Tarikh: 23 September 2026

Makmal Terlibat:

Makmal Xray & Thermal
Makmal Microscopy & Imaging
Makmal Micronano Fabrication & Machining

Selamat datang diucapkan kepada seluruh delegasi! Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama akademik dan penyelidikan berimpak tinggi pada masa hadapan.





🇲🇾🎉 TIRAI BULAN KEBANGSAAN PPMU 2026 DILABUHKAN! 🎉🇲🇾Alhamdulillah, selesai sudah Program Bulan Kebangsaan PPMU 2026! ❤️D...
20/09/2026

🇲🇾🎉 TIRAI BULAN KEBANGSAAN PPMU 2026 DILABUHKAN! 🎉🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bulan Kebangsaan PPMU 2026! ❤️

Daripada 🎨 mewarna, 📜 puisi patriotik, 🍽️ blind box masakan tradisional, 🇲🇾 hiasan rumah sukan hinggalah 🪁 kreativiti wau — memang meriah! 🔥

🏆 Tahniah kepada semua pemenang!
👏 Syabas kepada semua peserta!
❤️ Terima kasih warga PPMU yang sporting dan sama-sama memeriahkan sambutan!

Jom tengok momen-momen menarik & gambar sekitar majlis penutupan di posting ini 👇

🇲🇾 PPMU: Bersatu, Bersemangat, Malaysia! ❤️

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾BERSATU DALAM KEPELBAGAIANBERSAMA MEMBINA MALAYSIA16 SEPTEMBER 2026Raikan kepelbagaian.S...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

BERSATU DALAM KEPELBAGAIAN

BERSAMA MEMBINA MALAYSIA

16 SEPTEMBER 2026

Raikan kepelbagaian.
Semarakkan perpaduan.
Kukuhkan kebersamaan.

Malaysia terus maju dengan semangat kita bersama.

Ikhlas daripada
PUSAT PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI (PPMU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

NOTIS PENUTUPAN KAUNTER PENERIMAAN SAMPEL UIRLSEMPENA PROGRAM JABATANAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bah...
15/09/2026

NOTIS PENUTUPAN KAUNTER PENERIMAAN SAMPEL UIRL
SEMPENA PROGRAM JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Kaunter Penerimaan Sampel UIRL akan ditutup pada 17 September 2026 (Khamis) bersempena dengan Program Jabatan.

Kaunter akan beroperasi semula seperti biasa pada 18 September 2026 (Jumaat).

Penutupan ini melibatkan semua pelanggan dan pelajar UTM.

Pihak UIRL memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta perhatian daripada pihak pelanggan dan pelajar.

Sekian, terima kasih.

UIRL
University Industry Research Laboratory
Pusat Pengurusan Makmal Universiti
Universiti Teknologi Malaysia

_____________________________________________________________
NOTICE OF CLOSURE OF UIRL SAMPLE RECEIVING COUNTER
IN CONJUNCTION WITH DEPARTMENTAL PROGRAMME
Assalamualaikum and Greetings,

Please be informed that the UIRL Sample Receiving Counter will be closed on 17 September 2026 (Thursday) in conjunction with a Departmental Programme.

The counter will resume normal operations on 18 September 2026 (Friday).

This closure applies to all UIRL customers and UTM students.

We apologise for any inconvenience caused and greatly appreciate your kind cooperation and understanding.

Thank you.

UIRL
University Industry Research Laboratory
University Laboratory Management Centre
Universiti Teknologi Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan serta para pelajar UTM,Dengan sukacitanya dimaklumkan ...
14/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan serta para pelajar UTM,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kaunter Satelit UIRL akan mula beroperasi secara rasmi bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan makmal University Industry Research Laboratory (UIRL), UTM

BUTIRAN PEMBUKAAN DAN OPERASI

Tarikh Pembukaan Rasmi:
2 September 2026 (Rabu)

Hari Operasi:
Setiap hari Rabu sahaja

Waktu Operasi:
Sesi Pagi: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari

Sesi Petang: 2:30 petang – 3:30 petang

Lokasi:
Block C26, NMR Laboratory, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

PERKHIDMATAN DAN PENERIMAAN SAMPEL

Kaunter Satelit UIRL dibuka kepada:

1. Pelanggan UIRL sedia ada
2. Pelanggan UIRL baharu
3. Warga dan pelajar UTM

Jenis sampel yang diterima:

1. Sampel pepejal (Solid)
2. Sampel serbuk (Powder)

Untuk penghantaran sampel, pelanggan/pelajar dikehendaki membawa:

1. Sample Submission Form yang telah lengkap; dan
2. Sampel untuk analisis.

Borang penghantaran sampel boleh didapati melalui laman sesawang ppmu.utm.my.

PENTING

Sila pastikan borang penghantaran telah dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan sebelum sampel dihantar ke Kaunter Satelit UIRL.

Sampel yang diterima di Kaunter Satelit UIRL akan dipindahkan ke makmal UIRL di T03 untuk proses seterusnya oleh staf yang ditetapkan dan diberi kuasa.

Penubuhan Kaunter Satelit UIRL ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan makmal UIRL;
2. Memudahkan proses penghantaran dan penerimaan sampel;
3. Menyediakan lokasi penghantaran sampel yang lebih mudah dan berdekatan; dan
4. Mempercepatkan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.

Kerjasama dan sokongan daripada seluruh warga UTM serta pelanggan UIRL amat kami hargai.

Bringing Laboratory Services Closer to You.

Sekian, terima kasih.

University Industry Research Laboratory (UIRL)
Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU)
Universiti Teknologi Malaysia

🔬🤝 LAWATAN STAF MAKMAL SMKA PAGOH KE PPMU3 September 2026 | Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), UTMAlhamdulillah,...
03/09/2026

🔬🤝 LAWATAN STAF MAKMAL SMKA PAGOH KE PPMU

3 September 2026 | Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), UTM

Alhamdulillah, PPMU berbesar hati menerima kunjungan staf makmal SMKA Pagoh pada hari ini. 😊

Lawatan ini menjadi platform perkongsian pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan makmal, pengendalian peralatan serta amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan dan operasi makmal.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman antara warga PPMU UTM dan staf makmal SMKA Pagoh. 🔬✨

Terima kasih diucapkan kepada staf makmal SMKA Pagoh atas kunjungan ke PPMU. Semoga jalinan ini terus terjalin dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 🤝







Address

Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075557583

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM University Laboratory Management Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share