The Sino

The Sino A place for foodies meets great foods in an awesome environment THE SINO.... tummy protocol!

THE SINO adalah sebuah kafe berkonsepkan foodcourt di dalam UTM Skudai yang menawarkan pilihan makanan yang super variasi bermula dari masakan kampung yang mahakaya dengan ulam-ulaman, mee hoon sup utagha, nasi kerabu, ikan bakar, tomyam, dimsum, roti canai, chicken chop, pizza, sate, dessert dan macam2 lagi tak terlarat kami nak senaraikan. Kami merupakan satu-satunya kafe yang mempunyai paling b

anyak lot kedai iaitu 24 lot kedai makanan yang siap sedia memenuhi protokol perut anda. Akan mula beroperasi sepenuhnya pada 28 Ogos 2016 (Ahad) dan dibuka setiap hari selama 24 jam ideal bagi mahasiswa/i UTM yang ingin mencari lokasi terbaik untuk lepak sampai lebam hingga 3 4 pagi bersama assignment dan laptop anda di sini. Bagi memastikan keselesaan anda bersama kami terjamin dunia akhirat, kami juga menyediakan surau buat para muslimin dan muslimat. Selain itu, anda tidak perlu lagi keluar UTM untuk menonton bola di bigscreen kerana kami menyediakan bigscreen buat anda yang kaki bola tanpa risau di tahan oleh pihak keselamatan UTM kerana memasuki kampus lewat malam. Oleh itu, anda adalah dialu-alukan untuk bertandang ke kafe kami bagi merasai sendiri kepelbagaian jenis makanan superlicious yang tidak akan menghampakan selera anda dan anda juga dinasihatkan untuk bersedia menerima kejutan-kejutan lain sepanjang kami beroperasi khas buat anda yang inginkan tempat yang santai di dalam kampus.

Address

Arked Perdana, UTM
Johor Bahru
81310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Sino posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share