11/09/2026
Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) menyertai Bengkel Teknologi Huawei bertajuk “Future-Ready UTM Network Infrastructure: Connectivity & Resilience” yang berlangsung di Menara 106 TRX, baru-baru ini.
Sepanjang sesi bengkel berkenaan, perbincangan tertumpu kepada aspek pemodenan rangkaian pusat data (data centre network modernization). Secara konsepnya, pemodenan ini merujuk kepada proses peralihan daripada seni bina infrastruktur pelayan tradisional yang terhad, kepada seni bina rangkaian generasi baharu yang lebih anjal, dipacu oleh teknologi perkomputeran awan (cloud computing) dan disokong oleh automasi kecerdasan buatan (AI).
Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) bersinergi bersama Huawei Malaysia menerusi Bengkel Teknologi Huawei di Menara 106 TRX bagi meneroka pemodenan infrastruktur rangkaian, keselamatan siber, dan penyelesaian storan canggih demi memperkasakan agenda transformasi digital UTM.