05/10/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU📚
Selamat kembali ke medan ilmu buat seluruh warga KUIJSI. Semoga semester baharu ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih baik, penuh semangat, keberkatan dan kecemerlangan.
Teruskan melangkah dengan tekad yang kukuh, manfaatkan setiap peluang untuk menimba ilmu dan jangan pernah berputus asa dalam mengejar impian. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap usaha membuahkan hasil yang terbaik.
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM