03/06/2026
INVAGUARD: PENANGKAPAN IKAN BANDARAYA 2026
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
大家好
வணக்கம்
Salam Malaysia Madani,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam KTHO Sentiasa Cemerlang.
Tahukah anda? Ikan bandaraya yang dilepaskan secara tidak terkawal kini menjadi ancaman besar kepada ekosistem sungai tempatan kita.
Sehubungan dengan itu, pihak Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) UTM dengan kerjasama AEON akan menganjurkan program INVAGUARD: Penangkapan Ikan Bandaraya 2026. Program ini bertujuan untuk menyatukan tenaga komuniti dalam usaha pemuliharaan habitat akuatik secara fizikal.
📅 Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
⏳ Masa: 09:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari
📍 Tempat: Sungai Skudai, Johor Bahru
Kelebihan Program:
🐟 Peluang menyumbang secara fizikal dalam usaha menyelamatkan dan memelihara Sungai Skudai.
📜 Sijil Penyertaan disediakan untuk semua peserta.
💰 Ganjaran Wang Tunai RM1 bagi setiap 1 kg tangkapan ikan bandaraya. (Ganjaran tunai adalah terhad sehingga 600 kg jumlah tangkapan keseluruhan).
Ayuh bertindak sekarang! Kami mengalu-alukan kehadiran, tenaga, dan sokongan padu anda semua bagi menjayakan misi impak tinggi ini.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Mustaqim: 012-8816423
📞 Dayat: 011-35399726
Sekian, terima kasih.
JAWATANKUASA KOLEJ PELAJAR
KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI 2025/2026