04/08/2019
Sekolah Agama UTM sudah tidak lagi beroperasi sejak Disember 2018. UTM berhasrat untuk membangunkan Sekolah Agama di UTM yang baharu, di mana ianya lebih kondusif, selamat dan selesa bagi para guru dan pelajarnya.
Sebanyak RM 6.5 juta diperlukan bagi memastikan pembinaan institusi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Sebanyak RM 1.5 juta telah berjaya dikumpulkan sehingga hari ini hasil daripada sumbangan orang ramai. Oleh itu, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan sebanyak RM 5 juta.
Besar harapan kami sekiranya seluruh warga UTM dapat menghulurkan sumbangan bagi dana pembangunan ini.
Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui kaedah berikut :
1. Tunai di Pusat Islam UTM
2. Cek atas nama Bendahari UTM dan dihantar ke Pusat Islam UTM
3. Potongan gaji bulanan (khas untuk staf UTM)
4. Pindahan ke akaun bank UTM (CIMB 8006053536)
5. Bayaran secara online melalui ecommerce.utm.my/ecommerce
a. Pada menu utama, klik payment
b. Di bahagian carian, taip Tabung Pembangunan Sekolah Agama UTM
*Bagi kaedah bayaran no 4 & 5, sila emelkan nama, no.tel, no kad pengenalan serta butiran transaksi ke [email protected] atau boleh dihantar terus ke Pusat Islam UTM.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan, ianya menjadi satu jariah yang akan sentiasa mengalir selama bangunan sekolah tersebut digunakan dan menjadi saham akhirat buat penyumbangnya. InsyaAllah..
***Bagi staf yang ingin melaksanakan sumbangan secara potongan gaji, borang potongan terdapat di lampiran pada emel yang telah diedarkan dalam all-staff.
***Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 07-5537512 / 37529.