07/08/2026
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KULIAH KERJA NYATA (KKN) ANTARABANGSA BERSAMA UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG (UNNES) 2.0 2026
7 Ogos 2026 | Majlis Penutupan Program Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa bersama Universitas Negeri Semarang (UNNES) telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Dr. Rasheed Mohamed Kutty, Pengurus UGS Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif kolaboratif yang memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan jaringan antarabangsa antara kedua-dua institusi, di samping menyediakan platform kepada para peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan, mengembangkan kemahiran insaniah, memupuk semangat kesukarelawanan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti.
Diharapkan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkasakan dalam usaha melahirkan graduan yang berdaya saing,berwawasan global dan berupaya memberikan impak positif kepada masyarakat.