08/07/2026
[SEKITAR RISE OSHA SEMINAR: SESI PERKONGSIAN ERGONOMIK PEJABAT]
Alhamdulillah, 8 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya RISE OSHA Seminar: Sesi Perkongsian Ergonomik Pejabat bertempat di Bilik Mesyuarat INSTeG, FABU, UTM!
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memberikan komitmen padu. Isu kesihatan di pejabat seperti sakit belakang, lenguh bahu, dan lesu menghadap komputer bukanlah perkara remeh yang boleh diabaikan.
Melalui seminar ini, kita ditekankan tentang kepentingan ergonomik yang kini menjadi aspek kritikal di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di Malaysia. Majikan dan pekerja bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menguruskan risiko ergonomik demi mencegah kecederaan Musculoskeletal Disorders (MSDs). Mengabaikan keselarasan stesen kerja bukan sahaja menjejaskan produktiviti, malah memberi implikasi terhadap pematuhan undang-undang kesihatan pekerjaan.
Antara pengisian menarik petang tadi:
* Kupasan prinsip ergonomik praktikal di stesen kerja.
* Cara mengenal pasti faktor risiko kecederaan MSDs dengan awal.
* Demonstrasi postur badan dan susun atur ruang pejabat yang menyokong kesihatan tulang belakang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan kami, Ts. Dr. Hadafi Fitri Bin Mohd Latip (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi, UTM) atas perkongsian ilmu, demo, dan kepakaran yang sangat membuka mata kami semua!
Semoga ilmu yang diperoleh petang tadi dapat kita praktikkan segera di meja kerja masing-masing. Jom kita terus budayakan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan lestari!
Geoscience and Digital Earth Centre
UTM Process Systems Engineering Centre - Prospect
Centre for River and Coastal Engineering - CRCE
UTM Centre for Innovative Planning and Development - CIPD
Centre for Environmental Sustainability and Water Security - IPASA