Bahagian Pengurusan Organisasi UTM

Directions Website Contact the university

Bahagian Pengurusan Organisasi UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pengurusan Organisasi UTM, College & University, Universiti Teknologi, Johor Bahru.

Bahagian kami bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan struktur organisasi di UTM, serta memastikan kelancaran operasi dan sokongan pentadbiran di seluruh universiti.

29/08/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 & 𝐁𝐫𝐢𝐬𝐤 𝐖𝐚𝐥𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

Seluruh warga UTM dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia & Brisk Walk Perdana Edisi Merdeka Peringkat UTM 2026.

📅 Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 pagi - 11.00 pagi
📍 Tempat: Dataran Ilmu, UTM Johor Bahru (Berhampiran PRZS)
👗 Tema: Warisan Melayu
🎓 Mata CPD: 1 Mata CPD (Strategik Universiti)

✨ Pelbagai aktiviti & hadiah menarik menanti anda!

🏆 Hadiah Misteri kepada 5 PTJ/Fakulti dengan peratus penyertaan tertinggi
👗 Pertandingan Pakaian Terbaik (Lelaki & Wanita) mengikut tema Warisan Melayu
🎁 Cabutan Bertuah termasuk 20 Hadiah Mega bagi peserta yang membuat pendaftaran awal sehingga jam 7.45 pagi

AYUH SEMUA WARGA UTM!
Semarakkan Jiwa Merdeka, Hayati Warisan dan Kukuhkan Kebersamaan!

Jumpa anda di Dataran Ilmu pada 2 September 2026!




29/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa UTM akan menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia & Brisk Walk Perdana Edisi Merdeka Peringkat UTM 2026. Sehubungan itu, semua warga UTM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 pagi - 11.00 pagi
📍 Tempat: Dataran Ilmu, UTM Johor Bahru (Berhampiran PRZS)
👗 Tema: Warisan Melayu
🎓 Mata CPD: 1 Mata CPD (Strategik Universiti)

✨ Pelbagai aktiviti & hadiah menarik menanti anda!

🏆 Hadiah Misteri kepada 5 PTJ/Fakulti dengan peratus penyertaan tertinggi

👗 Pertandingan Pakaian Terbaik (Lelaki & Wanita) mengikut tema Warisan Melayu

🎁 Cabutan Bertuah termasuk 20 Hadiah Mega bagi peserta yang membuat pendaftaran awal sehingga jam 7.45 pagi menggunakan telefon bimbit.

AYUH SEMUA WARGA UTM!

Semarakkan Jiwa Merdeka, Hayati Warisan dan Kukuhkan Kebersamaan!

Jumpa anda di Dataran Ilmu pada 2 September 2026!

Send a message to learn more

Selamat datang diucapkan kepada Encik Ahmad Fadli bin Othman ke Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar ...
20/08/2026

Selamat datang diucapkan kepada Encik Ahmad Fadli bin Othman ke Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar berkuatkuasa 20 Ogos 2026. Selamat Menjalankan Tugas💐

28 Julai 2026Sesi benchmarking Wellbeing Index UTM bersama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)Alhamdulillah, KPT  ...
30/07/2026

28 Julai 2026

Sesi benchmarking Wellbeing Index UTM bersama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Alhamdulillah, KPT berminat untuk mengguna pakai instrumen Indeks Kesejahteraan yang dibangunkan oleh UTM bagi pelaksanaan di KPT, IPTA dan mungkin juga IPTS. Satu langkah kecil yang berpotensi memberi impak besar kepada agenda kesejahteraan warga pendidikan tinggi.

Seluruh warga BPO merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Sharifah Balkish binti Syed Omar atas kenaikan pangkat ...
24/06/2026

Seluruh warga BPO merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Sharifah Balkish binti Syed Omar atas kenaikan pangkat ke jawatan Setiausaha Pejabat (Gred N32) TBK 1, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam menjalankan amanah yang diberikan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar, UTM ingin ...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026
Seluruh warga Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar, UTM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kampus serta keluarga tercinta.
Semoga lebaran yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan keceriaan kepada kita semua.
Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.



Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan kepada Petugas 1 Syawal 1447H/2026M📅 13 Mac 2026📍 Ruang Lobi, Bahagian Sumber Manus...
16/03/2026

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan kepada Petugas 1 Syawal 1447H/2026M
📅 13 Mac 2026
📍 Ruang Lobi, Bahagian Sumber Manusia

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada staf yang bertugas pada hari pertama Aidilfitri telah disempurnakan oleh Pendaftar UTM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah.

Setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, universiti menyediakan sumbangan khas kepada staf yang bertugas pada hari pertama Syawal sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak dapat berhari raya bersama keluarga.

Seramai staf daripada 6 PTJ terlibat dalam penugasan ini iaitu Bahagian Keselamatan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Islam, UTM International dan UTMDigital.

Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan pihak pengurusan universiti kepada para staf yang terus komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab walaupun dalam suasana sambutan perayaan, demi memastikan kelangsungan operasi serta penyampaian perkhidmatan universiti sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga sumbangan ini menjadi simbol penghargaan dan suntikan semangat kepada semua staf yang terus berkhidmat demi universiti tercinta. 🌙✨

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Khairull Azmi bin Ishak atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Fakulti Sains dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Sufian bin Nooralazam atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Jabatan Canseleri dan semoga terus cemerlang💐

03/03/2026

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Suzziana binti Johari atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas di Bahagian Pengurusan Organisasi. Selamat menjalankan tugas di Jabatan Canseleri dan semoga terus cemerlang💐

Address

Universiti Teknologi
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Organisasi UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Pengurusan Organisasi UTM:

Shortcuts

Share