23/09/2026
[HEBAHAN: PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengangkutan dan Logistik, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTM menyediakan perkhidmatan pengambilan pelajar baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Terminal Bas Larkin ke Kampus UTM Johor Bahru sempena Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) Sesi Akademik 2026/2027.
Perkhidmatan ini turut disediakan bagi pelajar baharu yang tiba lebih awal sebelum tarikh rasmi pendaftaran bagi memudahkan urusan ketibaan ke kampus.
Perincian permohonan adalah seperti berikut:
📋 Borang Permohonan Pengangkutan:
https://forms.gle/FiJpSjSQUoLNGyAu6
Pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin bagi membolehkan pihak universiti membuat penyelarasan jadual, kenderaan dan pemandu dengan lancar.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
• Puan Zalina binti Pareng: 013-705 4535 | [email protected]
• Encik Azrul bin Musa: 011-3968 0634 | [email protected]
Sekian, terima kasih.
Disiarkan oleh:
Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026