Centre of Research for Fiqh Science & Technology - Cfirst UTM

Directions Website Contact the university

Centre of Research for Fiqh Science & Technology - Cfirst UTM The establishment of CFiRST is to carry out research and development (R&D) in Fiqh Sci. & Technology

Universiti Teknologi Malaysia mengambil inisiatif dalam memperkasakan dan memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan untuk memartabatkan Islam di negara ini. Perlaksanaan dasar-dasar kerajaan perlu berlandaskan penyelidikan ilmiah yang melambangkan cetusan hikmah dan kebijaksanaan. Ruang dan peluang memartabatkan Islam dalam sistem pentadbiran dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh boleh memberi impak tinggi kepada pembangunan ummah dan negara. Justeru, penubuhan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) di bawah naungan Research Alliance K-Economy UTM adalah untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menjadi pusat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan ummah. Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) merupakan salah satu pusat kecemerlangan (COE) di UTM ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2009 dan beroperasi di Bangunan N31, Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia . CFiRST menjadi tempat rujukan para ilmuwan berkaitan fiqh, syariah, perundangan Islam, akidah Islam, psikologi Islam dan lain-lain lagi. CFiRST merupakan salah satu COE yang menjalankan penyelidikan berkaitan ilmu dalam al-Quran yang disokong oleh pembuktian sains. Penyelidikan berkaitan ilmu al-Quran tidak akan tamat malah akan sentiasa berkembang oleh penemuan demi penemuan yang tersirat di dalamnya.

🌙 PROGRAM KESEDARAN HALAL & BENGKEL PENSIJILAN HALALBagaimana memastikan produk dan operasi perniagaan memenuhi keperlua...
01/10/2026

🌙 PROGRAM KESEDARAN HALAL & BENGKEL PENSIJILAN HALAL

Bagaimana memastikan produk dan operasi perniagaan memenuhi keperluan halal? Apakah persediaan yang diperlukan untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia?

Jom tingkatkan kefahaman dan persediaan anda melalui Program Kesedaran Halal & Bengkel Pensijilan Halal anjuran Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

📚 Antara pengisian program:
✅ Prinsip Asas Halal dan Haram
✅ Isu Semasa Industri Halal
✅ Pensijilan Halal Malaysia
✅ Peranan dan Tanggungjawab
✅ Bimbingan Awal Pensijilan Halal
✅ Semakan Dokumen Awal
✅ Bimbingan 1-to-1

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Institut Ibnu Sina, UTM Johor Bahru

💰 Yuran Penyertaan:
🔹 Kesedaran Halal – RM150 (Cash) / RM180 (HRDC)
🔹 Bengkel Pensijilan Halal – RM100/seorang

🎓 Sijil & makanan disediakan!

Sesuai untuk usahawan, pengusaha makanan, bakal pemohon pensijilan halal, pengusaha PKS serta individu yang ingin memahami ekosistem dan keperluan pensijilan halal.

📲 Tempat adalah terhad. Daftar sekarang melalui QR Code pada poster!
Link Pendaftaran: https://forms.gle/61zRWQ8CTQFDALJ36
Kod Rujukan: CFT

30/09/2026
Alhamdulillah.Seluruh warga Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Ibnu Sina Institute for Scientific & Ind...
29/09/2026

Alhamdulillah.

Seluruh warga Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Aminudin bin Hehsan atas lantikan semula sebagai Pengarah, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) bagi tempoh 15 September 2026 hingga 14 September 2028.

Semoga kepimpinan dan visi beliau terus memandu CFiRST ke arah kecemerlangan penyelidikan yang memberi impak tinggi demi ummah. Selamat menjalankan amanah!

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga CFiRST

Seluruh warga Centre of Research for Fiqh Science & Technology (CFiRST), Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial...
25/09/2026

Seluruh warga Centre of Research for Fiqh Science & Technology (CFiRST), Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Prof. Madya Dr. Adibah Binti Abdul Latif dan Dr. Radhiahtul Raehan Binti Mustafa atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Citra Karisma (Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2026).

Semoga pencapaian dan dedikasi ini terus menjadi inspirasi buat seluruh warga UTM untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

18/08/2026

Apa kata peserta Program TVET Halal Johor 2026?

CFiRST PERKASA BAKAT HALAL MASA DEPAN MENERUSI PROGRAM HALAL TVET JOHOR 2026!Alhamdulillah!Pusat Penyelidikan Fiqh Sains...
18/08/2026

CFiRST PERKASA BAKAT HALAL MASA DEPAN MENERUSI PROGRAM HALAL TVET JOHOR 2026!

Alhamdulillah!

Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) terus membuktikan komitmen dalam melahirkan graduan berkaliber dan berdaya saing tinggi menerusi penganjuran Program Bakat Halal TVET Johor 2026!

Program latihan intensif selama 15 hari ini mendedahkan 22 mahasiswa tahun akhir daripada pelbagai IPT kepada amalan sebenar industri halal tempatan menerusi pensijilan profesional seperti Sijil Eksekutif Halal, Sijil Auditor Halal Dalaman, dan Sijil Pengendali Makanan.

Inisiatif ini dirangka selari dengan aspirasi UTM ASCEND 2030 menerusi dua Teras Keunggulan Terbilang:

🎓 Bakat Global: Memperkasa kebolehpasaran graduan sedia masa depan (future-ready graduates) dengan kemahiran TVET Halal & pensijilan industri.
🤝 Kesejahteraan Kemanusiaan: Memacu sinergi kepakaran akademik UTM bersama agensi kerajaan dan industri bagi memberi impak nyata kepada ekosistem halal tempatan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) atas tajaan penuh RM8,000 bagi setiap peserta, serta Johor Halal Development Corporation (JHDC) atas kerjasama strategik ini.

Semoga usaha ini terus menterjemahkan peranan UTM dalam memacu modal insan industri halal negara!





17/08/2026
Alhamdulillah.CFiRST bersama rakan-rakan dari UTM RISE, UTM BDC, Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Pengurusan (FM) da...
31/07/2026

Alhamdulillah.

CFiRST bersama rakan-rakan dari UTM RISE, UTM BDC, Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Pengurusan (FM) dan Fakulti Komputeran (FC) telah berjaya membuktikan komitmen dalam menerajui kepakaran teknikal dan penyelidikan dengan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem logistik halal digital Negeri Johor. Konvensyen Logistik Halal Negeri Johor 2026 telah menjadi platform penting bagi merangka hala tuju Johor sebagai Hab Logistik Halal Digital Serantau menjelang 2030. Konvensyen ini telah menyokong pelaksanaan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ 2030) dan telah menghasilkan resolusi strategik untuk memperkukuh ekosistem logistik halal negeri.




Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membuktikan komitmen dalam menerajui kepakaran teknikal dan penyelidikan dengan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem logistik halal digital Negeri Johor. Konvensyen Logistik Halal Negeri Johor 2026 telah menjadi platform penting bagi

30/07/2026
29/07/2026

Johor memimpin transformasi ekosistem halal negara menerusi pelaksanaan sistem logistik halal mandatori yang merangkumi laluan darat, laut dan udara.

Langkah strategik di bawah Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 ini diperkukuh menerusi kerjasama berasaskan sinergi bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), PIJ Holdings, Johor Halal Development Corporation (JHDC), pemain industri serta semua agensi berkaitan. Usaha ini bukan sahaja menjamin integriti rantaian bekalan dan keyakinan pelabur, malah memacu potensi JS-SEZ dalam meletakkan Johor sebagai peneraju industri halal yang diyakini di peringkat global.

Baca berita penuh : https://malaysiagazette.com/2026/07/29/johor-negeri-pertama-laksana-sistem-logistik-halal/




Address

N31, Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310JOHOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre of Research for Fiqh Science & Technology - Cfirst UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Centre of Research for Fiqh Science & Technology - Cfirst UTM:

Shortcuts

Share