10/08/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇
7 Ogos 2026
Seksyen Harta Tanah telah menerima kunjungan sulung Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Hidayat bin Jamal, Pengarah Eksekutif Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) ke Seksyen Harta Tanah.
Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan menyantuni warga kerja serta meninjau keadaan dan persekitaran ruang pejabat bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai suasana serta keperluan kerja warga Seksyen Harta Tanah. Lawatan turut disusuli perbincangan berkaitan aspek kemudahan dan penambahbaikan persekitaran kerja bagi menyokong kelancaran operasi serta keselesaan warga kerja.
Kehadiran beliau telah disantuni oleh Puan Ir. Norhashimah binti Hj. Hashim, Pengarah Seksyen Harta Tanah, bersama barisan pegawai dan warga kerja Seksyen Harta Tanah.
Turut hadir Encik Mohd Afizan bin Alang, Pengarah Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus; Encik Mohd Ishamuddin bin Md Kusmin, Pengarah Seksyen Penyenggaraan Fasiliti dan Infrastruktur; dan pegawai-pegawai lain.
Semoga lawatan ini menjadi wadah pengukuhan hubungan kerja, pemerkasaan kebajikan warga serta pemangkin kepada penambahbaikan berterusan, sekali gus memperkukuh sinergi antara kepimpinan dan warga kerja dalam mendukung aspirasi Bahagian Pengurusan Aset serta Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Pengurusan Aset BPA, JTNCP, UTM
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM