Program Rantaian Kasih - Jalinan Harmoni-

Directions

Program Rantaian Kasih - Jalinan Harmoni- Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Rantaian Kasih - Jalinan Harmoni-, College & University, 12C Jalan Sabar, Johor Bahru.

Program ini dianjurkan oleh pelajar PACE Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Johor sebagai sebahagian daripada tugasan subjek VKMB 2041 - Pembangunan Masyarakat IV.

27/09/2025

Saksikan Video Penuh Program Rantaian Kasih -Jalinan Harmoni-.




Program Rantaian Kasih telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha dan komitmen pelajar PACE UUM Kampus Johor ...
27/09/2025

Program Rantaian Kasih telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha dan komitmen pelajar PACE UUM Kampus Johor Bahru. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pelajar yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. Semoga inisiatif ini dapat menyemai semangat kasih sayang dan keprihatinan di kalangan penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh. Berikut disertakan beberapa gambar semasa program berlangsung sebagai kenangan.




Mesyuarat dalam talian terakhir sebagai persiapan menjelang program hari esok telah diadakan dengan jayanya bermula pada...
26/09/2025

Mesyuarat dalam talian terakhir sebagai persiapan menjelang program hari esok telah diadakan dengan jayanya bermula pada pukul 9.30 malam sehingga 11.00 malam. Semoga segala persiapan yang telah dilakukan akan memastikan kelancaran dan kejayaan program pada hari esok.




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Dengan segala hormatnya, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyal...
03/09/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyalurkan sumbangan kepada rumah perlindungan kami yang menempatkan seramai 64 orang anak-anak yatim, asnaf dan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk keperluan asas, keperluan sekolah serta penyediaan makanan demi memastikan kesejahteraan dan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Kami amat menghargai sebarang bentuk sumbangan daripada pihak tuan/puan kerana setiap bantuan yang diberikan, walau sebesar mana sekalipun, akan membawa makna yang besar dan meringankan beban golongan yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Bank Islam: 01050020277567
Nama Akaun: Nur Radiatul Adawiyah

Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami hargai. Semoga Allah SWT memberkati dan membalas jasa baik tuan/puan dengan ganjaran yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Rantaian Kasih Jalinan Harmoni anjuran pelaja...
03/09/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Rantaian Kasih Jalinan Harmoni anjuran pelajar PACE UUM Kampus Johor Bahru akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Larkin, Johor Bahru




Address

12C Jalan Sabar
Johor Bahru
80350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Rantaian Kasih - Jalinan Harmoni- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share