Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tun Syed Nasir MPP PTSN

Directions Website Contact the university

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tun Syed Nasir MPP PTSN Official Facebook of Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tun Syed Nasir (MPP PTSN)

MPP PTSN is an acronym for Student Representative Council Tun Syed Nasir Polytechnic which is the main student body in the polytechnic and act as a student's voice and become the platform of communication between PTSN management and students.

Assalammualaikum dan salam sejahtera Borang ini perlu diisi oleh:Pelajar yang *mewakili PTSN / Daerah / Negeri / Negara ...
01/10/2026

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Borang ini perlu diisi oleh:

Pelajar yang *mewakili PTSN / Daerah / Negeri / Negara bagi PERTANDINGAN LUAR SUKAN, BADAN BERUNIFOM / KELAB DAN PERSATUAN KE PERINGKAT DAERAH, NEGERI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA*

Borang ini perlu diisi DUA (2) kali, iaitu sebelum menyertai pertandingan dan selepas menyertai pertandingan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JSKK PTSN

Ketua Jabatan JSKK - 012-9353246 (En Shah)
Pegawai Belia & Sukan PTSN - 017-6964670 (En Atiq)

Link:

https://forms.gle/7LwN3tpcvpCnAzKAA

Tarikh tutup sebelum *jumaat (2 Oktober 2026 jam 5.00 petang*. pelajar yang terpilih akan dipanggil menghadiri *Majlis Apresiasi JSKK*.

Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Politeknik Tun Syed Nasir! 🫶🏻✨🥫 FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI kini disediakan u...
22/09/2026

Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Politeknik Tun Syed Nasir! 🫶🏻✨

🥫 FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI kini disediakan untuk membantu memenuhi keperluan makanan warga pelajar PTSN. ❤️

📢 Pengambilan bermula esok!
Sila ambil makanan mengikut keperluan dan bersama-sama amalkan sikap bertoleransi. 🤝🏻

📅 JADUAL PENGAMBILAN:
🟡 Isnin: 12.00 tengah hari – 1.00 petang
🩷 Selasa: 4.00 petang – 5.00 petang
🔵 Rabu: 12.00 tengah hari – 1.00 petang
🟢 Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
🟣 Jumaat: 2.00 petang – 3.00 petang

📍 Lokasi: Bilik JPP

🍱 Ambil mengikut keperluan
🤲🏻 Berkongsi dengan keikhlasan
❤️ Kebajikan untuk komuniti pelajar

✨ Ambil apa yang anda perlukan, supaya lebih ramai pelajar dapat menerima manfaat.



Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Politeknik Tun Syed Nasir! 🫶🏻🍱 INISIATIF FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI kini dis...
22/09/2026

Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Politeknik Tun Syed Nasir! 🫶🏻

🍱 INISIATIF FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI kini disediakan sebagai salah satu bentuk kebajikan untuk komuniti pelajar.

🤝 Berkongsi dengan keikhlasan
❤️ Kebajikan untuk komuniti pelajar

Kepada pelajar yang memerlukan, bolehlah mengambil barangan yang disediakan mengikut keperluan masing”. 💞

📍 LOKASI: Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

📅 TARIKH: 23 September 2026

✨“keperluan anda adalah keprihatinan kami”

Dapur Siswa Madani
Politeknik Tun Syed Nasir 🏫❤️



📢 HEBAHAN KEPADA PELAJAR PTSNAssalamualaikum & Salam Sejahtera.🚗 PEMANTAUAN KENDERAAN DI HADAPAN PAGAR PTSNDimaklumkan b...
08/09/2026

📢 HEBAHAN KEPADA PELAJAR PTSN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

🚗 PEMANTAUAN KENDERAAN DI HADAPAN PAGAR PTSN

Dimaklumkan bahawa pemantauan kenderaan pelajar akan dilaksanakan selama 1 minggu di kawasan hadapan pagar PTSN. Pelajar yang masih belum mempunyai pelekat kenderaan yang sah diminta untuk membuat permohonan melalui HEP dalam tempoh tersebut.

⚠️ Selepas tempoh pemantauan tamat, tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan dijalankan terhadap kenderaan yang diletakkan secara tidak sah.

Mohon semua pelajar:

✅ Patuhi peraturan parkir
✅ Pastikan pelekat kenderaan sah
✅ Elakkan parkir di kawasan yang tidak dibenarkan

Kerjasama semua pelajar amat dihargai demi keselamatan dan ketenteraman bersama.

“PATUHI PERATURAN, UTAMAKAN KESELAMATAN”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Politeknik Tun Syed Na...
06/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Politeknik Tun Syed Nasir, Allahyarham Muhammad Danish Darwisy bin Ahmad Rithauddin pelajar Diploma Kejuruteraan Proses (DPE3B) telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, pihak kami membuka sumbangan derma kilat bagi membantu keluarga Allahyarham. Sumbangan ikhlas daripada semua amatlah dihargai.

- Saluran sumbangan:
HONG LEONG BANK / HLB CONNECT (QR)
Nama: Ahmad Rithauddin Bin Salehudin
Rujukan: Sumbangan Kecemasan

Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan serta mendoakan agar roh
Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diampunkan segala dosanya. Segala jasa baik dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Al-Fatihah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa *Muhammad Danish...
05/09/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa *Muhammad Danish Darwisy bin Ahmad Rithauddin* pelajar *Diploma Kejuruteraan Proses (DPE3B)* Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, telah kembali ke rahmatullah pada *5 September 2026*

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PTSN merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian ini. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran, dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Al-fatihah.

🎪 FESTIVAL OF IDEAS🚀 AURORA PTSN 2026: MYFUTUREJOBS✨ Illuminate Your Career Path ✨Masa untuk buka lebih banyak peluang, ...
03/09/2026

🎪 FESTIVAL OF IDEAS
🚀 AURORA PTSN 2026: MYFUTUREJOBS
✨ Illuminate Your Career Path ✨

Masa untuk buka lebih banyak peluang, kenal dunia industri dan mungkin… temui kerjaya yang anda cari! 🔥

📅 12 September 2026 | Sabtu
📍 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Apa yang menanti anda?

🎤 Inspirasi Kerjaya – dengarkan sendiri perjalanan alumni dari kampus ke dunia industri
💡 Taklimat Talent Development Programmes
💼 Taklimat MyFutureJobs bersama PERKESO
🤝 Pameran & Temuduga Terbuka bersama syarikat industri
🧭 Career Exploration bersama PERKESO
🏢 Peluang berinteraksi terus dengan pelbagai majikan dan wakil industri

Antara syarikat yang bakal bersama kami termasuk Malayan Flour Mills, 99 Speedmart, Apollo, Outspan, Sangsin Enertech, STINIS, URC Munchy’s, Cosmos, Dialog, UCAL Techs, Hexagon Synergy dan banyak lagi!

🔥 Your opportunity could start right here.

Siapkan resume.
Siapkan diri.
Bawa keyakinan.

✨ AURORA PTSN 2026
Bukan sekadar mencari kerja — ini permulaan perjalanan kerjaya anda.

[ 📚✨ KARNIVAL PSH PTSN KINI KEMBALI!✨📚 ]Ingin mempelajari sesuatu yang baharu, meningkatkan kemahiran atau mencuba sesua...
03/09/2026

[ 📚✨ KARNIVAL PSH PTSN KINI KEMBALI!✨📚 ]

Ingin mempelajari sesuatu yang baharu, meningkatkan kemahiran atau mencuba sesuatu yang berbeza?👀

Jom sertai pelbagai kursus pendek yang menarik dan praktikal! Daripada solekan, sulaman dan penghasilan sabun hingga AI, ESP32, bakeri dan reka bentuk 3D — ada sesuatu untuk semua! 🚀

📣 Maklumat Program:
📅 Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

🎯 Yuran bermula serendah RM10 dengan tempat yang terhad!

Tidak kira anda pelajar, guru, ibu bapa, atau daripada komuniti setempat, semua dialu-alukan untuk menyertai program ini. ✨

🔥 TINGKATKAN KEMAHIRAN. PERKASAKAN POTENSI.
Jom belajar, cuba sesuatu yang baharu dan berkembang bersama PTSN!

‼️ DAFTAR SEKARANG‼️
🔗 https://app.mypolycc.edu.my/epsh/poli/borang/
📞 Sebarang pertanyaan:
06-974 2234
💥💥Tempat terhad! Daftar sekarang💥💥

*HEBAHAN PEMATUHAN PERATURAN KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN KENDERAAN DI HPTP*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Jawatankua...
25/08/2026

*HEBAHAN PEMATUHAN PERATURAN KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN KENDERAAN DI HPTP*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PTSN ingin memaklumkan kepada seluruh pelajar agar mengambil perhatian terhadap kenyataan rasmi berkaitan pematuhan peraturan keselamatan dan penggunaan kenderaan di kawasan HPTP.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

*”PATUHI PERATURAN, UTAMAKAN KESELAMATAN”*

Yang menjalankan amanah,

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ Assalamualaikum w.b.t.Sempena sambutan Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita bersama-sama menghayati per...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena sambutan Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

✨ “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
— Surah al-Ahzab: 21

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dengan memperbanyakkan selawat, mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Siapa yang berselawat kepada Nabi sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali.”

🤍 Ayuh hidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ!

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.



Address

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh
Jorak
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tun Syed Nasir MPP PTSN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tun Syed Nasir MPP PTSN:

Shortcuts

Share