28/04/2025
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/Prof/ Dr. /Tuan/ Puan,
JEMPUTAN PENYERTAAN KE 1ST INTERNATIONAL BIOMEDICAL CONFERENCE 2025 (IBC 2025)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Penyelidik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)(PENYELIDIK) dan Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia (MyBiomed) akan bekerjasama menganjurkan 1st International Biomedical Conference 2025 (IBC 2025) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 3 hingga 4 September 2025 (Rabu - Khamis)
Tempat : AC Hotel by Marriot, Kuantan, Pahang, Malaysia
Tema : Bridging the Gaps: Translating Research from Lab to Community
3. Persidangan ini berfungsi sebagai landasan utama bagi perkongsian ilmu saintifik dengan menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang bioperubatan. IBC 2025 akan menggalakkan pertukaran pelbagai idea inovatif serta memberi inspirasi melalui hasil penyelidikan terkini.
Persidangan IBC 2025 merangkumi pelbagai topik termasuk:
Molecular Biology & Immunology
Drug Discovery & Regulatory Science
Precision Medicine
Infectious Diseases
Planetary Health
AI & Machine Learning / Bioengineering & Rehabilitation
Non-Communicable Diseases (Cancer, Rare & Genetic Diseases)
Biomedical Data Science & Bioinformatics (Big Data in Biomedical Research)
4. Sehubungan itu, pihak IBC 2025 dengan sukacitanya menjemput para penyelidik, pakar perubatan, pegawai perubatan, pergigian, farmasi dan paramedik, pembuat dasar, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta para pelajar untuk menyertai IBC 2025. Kami amat mengalu-alukan penghantaran abstrak bagi pembentangan oral dan poster yang merangkumi pelbagai topik berkaitan seperti tersenarai. Bersama ini dilampirkan brosur IBC 2025 untuk makluman.
5. Maklumat lanjut mengenai persidangan, penyertaan serta penghantaran abstrak boleh dilakukan melalui pautan http://ibc.nih.gov.my .Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila emelkan ke [email protected] atau hubungi 03-3362 8901 / 7788 / 7791.
Sekian, terima kasih.