15/07/2025
π Lawatan Penanda Aras ODL UIS ke Open University Malaysia (OUM)
π
14 Julai 2025 | ποΈ OUM, Kelana Jaya.
Sebagai langkah proaktif dalam melahirkan program Open Distance Learning (ODL), Pusat Pembelajaran Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Open University Malaysia (OUM) pada 14 Julai 2025.
Delegasi UIS diketuai oleh Dr. Syarbaini Ahmad, Pengarah Pusat Pembelajaran UIS, dan disambut mesra oleh pihak OUM yang diketuai oleh Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Pegawai Teknologi, Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR).
Sepanjang sesi lawatan, pelbagai input bermanfaat telah dikongsikan termasuk strategi pengurusan ODL, pembinaan SIM, penggunaan teknologi digital, serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Pihak OUM turut memperkenalkan sistem LMS MyInspire β platform e-Pembelajaran yang menyokong pelaksanaan ODL secara efektif dan interaktif.
Pihak UIS amat menghargai sambutan mesra serta ilmu yang dikongsikan oleh pihak OUM. Semoga lawatan ini membuka peluang kerjasama strategik yang lebih meluas dalam usaha melahirkan program ODL dan Micro-credential pertama UIS.