Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS

Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS Education

Program Kepimpinan Pelajar SAM Unwanus Saadah bersama   pada 11 April 2026 bertempat di UIS - Universiti Islam Selangor....
19/04/2026

Program Kepimpinan Pelajar SAM Unwanus Saadah bersama pada 11 April 2026 bertempat di UIS - Universiti Islam Selangor.

Program ini dimulai dengan sesi perkongsian berkaitan hala tuju dan perancangan masa depan oleh Saudara Muhammad Alif Bin Dzulkifli, Alumni program Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang.

Selainnya, Mahasiswa FSU telah bertindak sebagai fasilitator dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membimbingi para pelajar dengan mengadakan aktiviti menjurus kepada motivasi dan membina jati diri.

Turut hadir memeriahkan program, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr Fakhri Sungit yang memberikan sokongan serta semangat kepada para peserta.

Terima kasih juga kepada para pensyarah yang terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Semoga segala pengisian memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi pelajar yang berkeyakinan, berwawasan dan berintegriti.



19/03/2026

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), UIS dengan penuh rasa hormat ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UIS yang dihargai.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kita. Didoakan agar segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Semoga kita semua terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
“Maaf Zahir dan Batin”



19/03/2026

Anak merpati terbang ke kota,
Hinggap sebentar di dahan cemara,
Aidilfitri menyatukan kita,
Kemaafan dipohon setulus rasa.

Indah sungguh cahaya pelita,
Menyinari malam penuh makna,
Buang yang keruh ambil yang jernih kita,
Maaf dipinta ikhlas seadanya.

Selamat Hari Raya AidilFitri 1447H
Dari seluruh warga Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS.



26/01/2026
Industrial Talk dan Persediaan Latihan Industri bertajuk“Dari Penguatkuasaan ke Penghakiman: Memahami Rantaian Keadilan ...
26/01/2026

Industrial Talk dan Persediaan Latihan Industri bertajuk
“Dari Penguatkuasaan ke Penghakiman: Memahami Rantaian Keadilan Syariah” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Auditorium Said Ramadan Al-Buti, Universiti Islam Selangor (UIS).

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada para pelajar mengenai rantaian keadilan Syariah daripada aspek penguatkuasaan, pendakwaan sehingga ke penghakiman.

🎙 Panel Jemputan:

Tuan Muhammad Khairul Nizam bin Kassim
Pegawai Penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Puan Sofian binti Ahmad
Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS)

[[Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Selangor (UIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)]]Ma...
26/01/2026

[[Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Selangor (UIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)]]

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Selangor (UIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2026. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UIS, Dato’ Profesor Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie mewakili Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Pemeteraian MoU ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan ilmiah antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan ilmiah serta perkongsian kepakaran.

Diharapkan kerjasama ini dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan institusi perundangan syariah di Malaysia.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan ilmu serta kemaslahatan ummah.

[[TAHNIAH]]Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja M***i Negeri Selangor atas p...
15/10/2025

[[TAHNIAH]]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja M***i Negeri Selangor atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS berkuatkuasa 1 September 2025.

Selamat Menjalankan Tugas.


[[TAHNIAH]]Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Setia Mohamad Zawawi Bin Salleh, Anggota MAIS da...
15/10/2025

[[TAHNIAH]]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Setia Mohamad Zawawi Bin Salleh, Anggota MAIS dan Ahli Dewan Diraja Selangor atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS berkuatkuasa 1 September 2025.

Selamat Menjalankan Tugas.


[[TAHNIAH]]Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS mengucapkan jutaan tahniah kepada semua Pensyarah FSU yang berjaya mem...
14/10/2025

[[TAHNIAH]]

Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS mengucapkan jutaan tahniah kepada semua Pensyarah FSU yang berjaya memperolehi Geran Penyelidikan dan Inovasi UIS - Universiti Islam Selangor bagi tahun 2025.

Semoga penyelidikan yang dijalankan mampu menyumbang kepada pengembangan ilmu pengetahuan serta memberi impak yang signifikan kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Moga terus diberkati dengan idea yang bernas dan kejayaan yang berterusan dalam dunia akademik.



Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS:

Share