13/05/2026
🏆🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA AKADEMIK JQS 🌟🏆
Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah (JQS), Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pensyarah JQS atas pencapaian membanggakan dalam Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu & Turath (SIWAT-6) dan Pertandingan Inovasi (FPI-INOVAS) menerusi pengiktirafan:
---
🥇 **Anugerah Emas – Kategori Ahli Akademik**
Dr. Sahlawati Abu Bakar, Ustaz Zaidul Amin Suffian Ahmad, Ustaz Muhammad Aizat Syimir Rozani, Dr. Wan Ramizah Hasan - LITERASI AL-QURAN BERASASKAN TAFSIR TEMATIK: ANALISIS KERANGKA TEORITIKAL
Dr. Suriani Sudi & Dr. Rosni Wazir - ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN APLIKASI E-KAMUS ISTILAH HADIS DALAM KALANGAN TENAGA PENGAJAR MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR
---
🥈 **Anugerah Perak – Inovas-FPI (Pensyarah)**
Dr. Suriani Sudi, Ustazah Siti Mursyidah Mohd Zin, Prof. Madya Dr. Phayilah Yama - APLIKASI KAMUS ISTILAH HADIS (IS-HADIS)
Pencapaian ini membuktikan bahawa bidang pengajian al-Quran dan al-Sunnah bukan sahaja berkembang dalam ruang tradisional keilmuan, bahkan terus bergerak aktif dalam dunia penyelidikan, inovasi, pembangunan aplikasi, pendidikan masyarakat dan penyelesaian isu semasa.
---
Kejayaan ini mencerminkan bahawa disiplin al-Quran dan hadis mempunyai nilai praktikal, relevan dan signifikan dalam realiti masyarakat masa kini. Semoga lebih banyak kejayaan yang mendatan dan bermanfaat buat ummah.
---
✨ Kepada lepasan SPM, STPM, STAM, DIPLOMA dan pencari ilmu:
Jika anda mencari pengajian Islam yang:
✔ menggabungkan turath dan realiti semasa
✔ dipimpin oleh pensyarah aktif dalam penyelidikan dan inovasi
✔ menekankan al-Quran, hadis, komunikasi dan masyarakat
✔ membuka ruang pengajian sehingga ke peringkat sarjana dan PhD
Maka Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, FPPI UIS adalah antara pilihan terbaik untuk anda!
🎓 Program ditawarkan:
📌 Diploma Al-Quran dan Al-Sunnah (IS14)
📌 Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (BI02)
📌 Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran (MT07)
📌 Ijazah Sarjana Pengajian Al-Hadis (MT06)
📌 Ijazah Doktor Falsafah Islamiyyat (PI01)
Rujuk: https://study.uis.edu.my/fppi
📚 Bidang kepakaran pensyarah JQS:
🔹 Tafsir & Ulum al-Quran
🔹 Hadis & Ulum al-Hadis
🔹 Tafsir Tematik
🔹 Literasi al-Quran
🔹 Pengajian Al-Quran dan Hadis Nusantara
🔹 Inovasi Pendidikan Al-Quran dan Hadis
Dan lain-lain lagi.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus menekuni ilmu dan menjadikan al-Quran serta al-Sunnah sebagai asas kecemerlangan dunia dan akhirat.