21/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) KE UIS
Bangi, 21 September 2026 – Universiti Islam Selangor (UIS) menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik berkaitan pendidikan dan pengajian pelajar muallaf di Kompleks Darul Hidayah.
Delegasi JAWI diketuai Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI, bersama Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI; Puan Nor Hashimah binti Embong, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI; Tuan Haji Muhammad Shahrin @ Sharin bin Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI; Puan Siti Fuziah binti Bachok, Encik Murshidi bin Abd Hamid dan Puan Khadijah binti Radzuan, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI; dan Encik Mohd Firdaus bin Rosli, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Hadir mewakili UIS ialah Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan, bersama Encik Mokthar bin Hj. Ismail, Ketua Bahagian Pemasaran; Dr. Salman bin Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Puan Nujaidah binti Nuwairi, Dekan Pusat Matrikulasi; dan Puan Hairun Najuwah binti Jamali, Ketua Penyelaras Latihan Industri dan Jaringan Komuniti, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI).
Kompleks Darul Hidayah merupakan pusat pengajian untuk muallaf yang diselia oleh JAWI sejak tahun 2017 dan menerima sekitar 70 orang pelajar baharu pada setiap tahun. Dalam pertemuan tersebut, JAWI turut berkongsi usaha menyediakan laluan pendidikan kepada pelajar muallaf untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi berdasarkan potensi dan keperluan masing-masing.
Pertemuan di UIS ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan berkaitan peluang pengajian dan bentuk kerjasama yang boleh diteroka bagi manfaat pelajar muallaf.
-CorpComm