28/09/2026
📚 EXCHANGE STUDENT MOBILITY KE PIAS
25 September 2026 | Perpustakaan Imam Al-Syafi‘i, Universiti Islam Selangor
Perpustakaan Imam Al-Syafi‘i (PIAS), Universiti Islam Selangor (UIS) berbesar hati menerima kunjungan seramai 12 orang peserta Exchange Student Mobility dari Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia.
Kunjungan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali kemudahan, perkhidmatan serta persekitaran pembelajaran yang disediakan di PIAS.
Semoga kunjungan ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat serta mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua institusi. 🌿📚