27/07/2026
[SELAMAT MENJALANI CUTI AKHIR SEMESTER DUA SESI 2025/2026]
Kami daripada Kelab Pengajian Melayu (KPM) ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh mahasiswa/i.
Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, menimba pengalaman baharu serta melakukan aktiviti yang bermanfaat.
Diharapkan semua mahasiswa/i akan kembali ke kampus pada semester akan datang dengan semangat, iltizam dan azam yang lebih tinggi demi mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun sahsiah diri.
Ikhlas daripada,
KELAB PENGAJIAN MELAYU
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2026/2027