03/09/2026
🌟 TAHNIAH & SYABAS KEPADA KETUA PENYELIDIK FPPI 🌟
Pihak Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Universiti Islam Selangor (UIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Ketua Penyelidik FPPI atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidikan dan Inovasi Pembangunan Negeri Selangor (SELidik) Tahun 2026.
🏆 SENARAI KETUA PENYELIDIK MENGIKUT JUMLAH GERAN TERTINGGI
1. Prof. Madya Dr. Nasimah binti Abdullah
Pembangunan Aplikasi “Al Majazi” bagi Memperkukuh Literasi Makna Al-Qur’an dan Memperluaskan Akses Pembelajaran Inklusif Komuniti Islam di Selangor
RM92,140.00
2. Dr. Rohana binti Zakaria
Pembangunan Modul Tadabbur Al-Quran Berteraskan Tazkiyyatun Nafs sebagai Intervensi dan Psikospiritual Penghuni Penjara di Selangor
RM70,350.00
3. Dr. Md. Noor bin Husin
Pembangunan Modul Persekitaran Linguistik Bahasa Arab bagi Memperkasa Kemahiran Bertutur Pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Selangor
RM69,150.00
4. Prof. Madya Dr. Syarul Azman bin Shaharuddin
Pembangunan Modul Sokongan Psikospiritual Mualaf bagi Kesejahteraan Mental dan Sosial di Selangor
RM63,570.00
5. Dr. Aemy Elyani binti Mat Zain
Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Komunikasi Muhibah (M-KM) Berasaskan Toleransi Agama dalam Keluarga Campuran di Negeri Selangor
RM62,150.00
6. Dr. Halim bin Mokhtar
Pembangunan dan Penilaian Kebolehgunaan Modul J.E.R.I.K bagi Pengukuhan Kompetensi Kepimpinan Belia Masjid di Selangor
RM53,240.00
*JUMLAH KESELURUHAN: RM410,600.00
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat FPPI dan mencerminkan komitmen serta kecemerlangan warga fakulti dalam memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi yang berimpak.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak geran penyelidikan, penerbitan berimpak, inovasi, jaringan strategik serta sumbangan ilmu kepada masyarakat dan ummah.
🌷 Tahniah dan syabas kepada semua Ketua Penyelidik!
Daripada:
Pengurusan FPPI & Seluruh Warga Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)
✨ Memperkasa Ilmu, Menjana Impak, Membina Peradaban.